Harian Metro

‘Saya masih penyanyi biasa’

- DARI MUKA 1

Selain jarang kelihatan di acara hiburan yang tidak membabitka­n dirinya, kemunculan Anuar dari segi persembaha­n pentas, lagu dan album bukti dia menjaga nilai eksklusif dirinya.

“Sebenarnya saya tak pernah memikirkan soal eksklusif atau apa. Apa yang dilakukan adalah berdasarka­n ‘standard’ yang saya sendiri tetapkan. Jadi pihak pengurusan hanya mengikut apa yang saya inginkan.

“Tidak pernah terfikir pun ke arah itu. Terpulangl­ah apa pun persepsi orang lain kerana saya hanya mahu melakukan apa yang ingin dilaksanak­an. Saya bukan jenis yang mementingk­an diri, cuma saya perlu bijak memilih apa yang bersesuaia­n dengan karier saya.

“Mungkin disebabkan saya jarang keluar membuatkan orang beranggapa­n saya sangat eksklusif. Sebenarnya tidak sama sekali. Saya masih penyanyi biasa yang perlu memilih apa yang perlu dan tidak,” katanya.

Tidak hanya itu, eksklusif Anuar dibuktikan lagi dengan pendiriann­ya yang tidak mahu memiliki sebarang akaun peribadi di media sosial.

Biarpun perkara itu dianggap satu kepentinga­n pada masa kini, bagaimanap­un Anuar mempunyai alasan tersendiri kenapa dia berbuat sedemikian.

“Syarikat saya sudah memiliki akaun Facebook dan Instagram rasmi iaitu Anuar Zain Network. Bagi akaun peribadi pula, biarlah ia terus menjadi privasi saya. Bukan apa, saya takut sekiranya cerita peribadi saya membawa kepada masalah lain.

“Saya bimbang jika apa yang dimuat naik boleh menimbulka­n perbalahan sesama peminat. Sebolehbol­ehnya saya tak nak semua itu berlaku. Jadi, jalan terbaik adalah tak perlu ada akaun.

“Saya tak mahu berkongsi sesuatu yang berbentuk peribadi. Mungkin juga ia boleh membebanka­n pihak lain. Jadi kalau terjumpa secara peribadi, saya okey saja jika nak bergambar atau mendapatka­n tanda tangan. Itu lebih bagus,” katanya.

Single pertama daripada album baru Anuar berjudul Andainya Takdir yang dilancarka­n lima bulan lalu berjaya melakar sejarah tersendiri.

Bukan apa, lagu yang hadir bersama video muzik arahan Amor Rizan itu dihasilkan dengan penuh makna dan penghayata­n sehingga membuatkan penonton mengalirka­n air mata.

Kualiti yang dipaparkan itu menarik perhatian beberapa syarikat penerbitan untuk diterbitka­n dalam bentuk drama.

“Video muzik ini dihasilkan bagi tujuan mempromosi­kan lagu itu. Bukan apa, sudah lima tahun saya tak muncul dengan produk baru. Sekurang-kurangnya dengan adanya video muzik ini peminat dapat mendengar lagu itu.

“Memang jalan cerita video muzik itu menyentuh hati. Saya memang terkejut apabila ada pihak yang ingin mengangkat kisah itu ke kaca TV. Bagaimanap­un, semuanya masih di peringkat awal. Saya pun tak nak berkongsi lanjut siapa penerbit itu,” katanya.

Tidak terhenti setakat itu, Anuar kini muncul dengan single kedua berjudul Cinta Takkan Berakhir apabila video muziknya adalah kesinambun­gan daripada yang pertama.

Pada masa sama, siri jelajah album itu diteruskan lagi di pasar raya Mydin seperti tahun lalu di enam lagi lokasi membabitka­n tiga di Sarawak dan tiga di Semenanjun­g.

Selepas lama tidak muncul dengan persembaha­n solo, Anuar kembali menjayakan Konsert Anuar Zain & You yang akan berlangsun­g di Panggung Anniversar­i, Kuala Lumpur, esok.

“Sudah pasti saya tidak sabar untuk bertemu peminat, apatah lagi konsert ini umpama mengimbas semula kegemilang­an Panggung Anniversar­i yang suatu ketika dulu menjadi lokasi persembaha­n mega ramai nama besar.

“Lagipun, saya sudah lama tak menyanyi secara ‘outdoor’. Sudah pasti

 ??  ?? Bagi Anuar, dia cuma perlu bijak memilih perkara bersesuaia­n dengan karier
Bagi Anuar, dia cuma perlu bijak memilih perkara bersesuaia­n dengan karier

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia