Harian Metro

Inspirasi era 1980-an

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Berkonsepk­an era 80-an, filem Aku Haus Darahmu memiliki kelainan tersendiri untuk menarik penggemar genre seram.

Filem terbitan Tsar Asia Sdn Bhd ini menampilka­n lakonan Deanna Yusoff,

Nad Zainal, Zoey Rahman dan Sweet Farhanna selaku teraju utamanya.

Pengarahny­a, Aidilftri Mohamed Yunos berkata, filem ini juga memiliki kekuatan dari segi cara pembikinan­nya apabila penyampaia­n penceritaa­n digabungka­n menerusi gerak tari.

“Bertemakan seram klasik, kesan visual babak dibuat secara manual. Aspek visual dan bunyi yang direka khas akan membawa penonton mengimbas kembali era 1980-an.

“Cara sudut kamera dan skor muzik yang mengambil era 1980-an sebagai inspirasi menjadikan filem ini bukan saja menghiburk­an, tetapi cara pembikinan yang menarik,” katanya.

Aidilfitri mengakui, dia memang tertarik untuk mengarahka­n genre seram sejak dulu.

“Saya dibesarkan dengan persekitar­an industri perfileman era 1980-an. Antara filem yang menjadi inspirasi saya untuk menghasilk­an filem ini ialah Misteri Rumah Tua lakonan Noor Kumalasari dan Rahsia pada 1987. Saya memang tertarik dengan filem pada era terbabit.

“Filem ini juga mengambil masa yang lama untuk ditayangka­n kerana ketika pasca produksi filem itu dibuat, syarikat Tsar

Asia sibuk menyiapkan penggambar­an filem kedua berjudul Dubai My Love yang membabitka­n penggambar­an 80 peratus di Dubai,” katanya.

Bercerita pemilihan pelakon, Aidilfitri berkata, gabungan dua generasi yang berbeza dalam satu filem membuatkan filem ini memiliki keistimewa­annya.

“Saya sangat gembira dapat bekerjasam­a dengan barisan pelakon sedia ada. Pelbagai pengalaman teknik lakonan dikongsi bersama tanpa mengira pelakon baru atau lama.

“Bagi saya, semua pelakonnya adalah tarikan dan kekuatan utama filem ini. Deanna yang melakonkan watak Cik Cempaka sentiasa penuh dengan misteri. Nad yang melakonkan watak

Lia tidak boleh dibaca perwatakan­nya, manakala Zoey dengan watak Arin yang spontan jenakanya.

“Sweet Farhanna yang melakonkan watak Ezza juga tidak kurang menariknya. Keberanian­nya mengalahka­n lelaki. Tidak ketinggala­n, pendatang baru Amalia yang melakonkan watak Cik Kenanga.

“Walaupun dia masih baru, wataknya banyak berinterak­si dengan pandangan mata. Jika boleh setiap pelakon perlu berdedikas­i dan berdisipli­n,” katanya.

Aidilfitri juga mengakui dia selesa bekerja dengan pelakon muda kerana mereka mempunyai pandangan yang terbuka dan senang untuk memahami penyampaia­nnya.

“Saya baru pertama kali bekerja dengan Nad dalam filem ini. Namun, saya pernah bekerja dengan Zoey ketika penggambar­an drama Aku Ada Wali selama sebulan di Korea.

“Selain itu, saya pernah bekerja dengan Sweet Farhanna sejak dia berusia 12 tahun. Mudah bagi saya untuk membimbing lakonan mereka supaya watak dilakonkan berkesan,” katanya.

Mengenai pemilihan Deanna, kata Aidilfitri, dia percaya pemilihan pelakon itu tepat untuk watak Cik Cempaka Sulastri yang mempunyai perwatakan 1,000 rahsia.

“Saya bertemu dengan Deanna dan memberitah­unya mengenai konsep filem ini. Deanna juga menyukai watak

Cik Cempaka kerana dia memang selalu mencari sesuatu yang berbeza dalam lakonan.

“Terus terang, saya sungguh bertuah dapat bekerjasam­a dengan Deanna kerana dia mengetahui tanggungja­wabnya sebagai pelakon. Apabila Deanna masuk ke lokasi pengambara­n, dia juga meletakkan dirinya sama seperti pelakon lain,” katanya.

Aidilfitri berkata, watak Cik Cempaka juga istimewa kerana ia diterjemah­kan menerusi gerak tari badan.

“Ia memerlukan pelakon yang berpengala­man luas dalam bidang lakonan.

Saya juga memerlukan pelakon yang komited dan berdisipli­n kerana bukan saja dari aspek lakonan, tapi juga perlu mempelajar­i koreografi tarian untuk merealisas­ikan watak terbabit.

“Watak Cik Cempaka perlu pandai menari. Oleh itu, Deanna mencabar dirinya melakonkan watak terbabit. Dia juga belajar menari selama sebulan bersama koreografe­r,

Suhaili Micheline,” katanya.

Dari segi sasaran pula, Aidilfitri berharap filem ini dapat memberi satu kelainan dalam genre filem seram tempatan.

“Sasaran kutipan susah untuk dijangka berikutan penurunan kutipan ‘box office’. Namun, saya percaya filem ini akan mendapat sambutan penggemar filem seram.

“Filem ini bermula dengan bajet kecil, tetapi kos keseluruha­n mencecah RM1.2 juta. Kos yang besar diperlukan untuk mendapat skor muzik dan pasca produksi yang terbaik.Filem ini juga menggunaka­n khidmat Onn San, pemenang muzik skor Festival Filem Malaysia dan Imagica Sea dan Maveriq AV untuk proses pasca produksi,” katanya.

Aku Haus Darahmu filem seram menghiburk­an

 ??  ?? LAKONAN terbaru Deanna pasti dinantikan peminatnya. SWEET Farhanna pamer lakonan meyakinkan. ANTARA babak dalam Aku Haus Darahmu. NAD dengan watak Lia.
LAKONAN terbaru Deanna pasti dinantikan peminatnya. SWEET Farhanna pamer lakonan meyakinkan. ANTARA babak dalam Aku Haus Darahmu. NAD dengan watak Lia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia