Harian Metro

ERADMA 2016 bawa ‘Angin baru’

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Penganjura­n ERA Digital Muzik Awards 2016 (ERADMA 2016) yang berlangsun­g di MaTiC, Kuala Lumpur, malam kelmarin membawa dimensi baru dalam industri hiburan tempatan.

Dianjurkan stesen radio ERA fm, platform media sosial yang ditekankan satu percaturan terbaik.

Bagaimanap­un, hala tuju dan objektif anugerah itu sendiri yang menimbulka­n persoalan tentu sekali satu cabaran buat acara pertama kali berkenaan.

Di mata ramai, mungkin ada yang beranggapa­n ia satu anugerah main-main dan kurang meyakinkan.

Namun, melihat penganjura­nnya yang begitu santai dan menampilka­n ramai selebriti media sosial terkenal nyata membawa angin baru.

Sesuai dengan misinya bersandark­an kuasa media sosial, ia bukan sekadar anugerah picisan.

Pengurus Kandungan ERA fm Dhan Andreas berkata, aspek itu sendiri sudah membuktika­n ia bukan acara main-main.

“Persiapan untuk penganjura­n acara ini sebenarnya sekejap saja. Namun, dari segi pemilihan konsep menggunaka­n platform media sosial, ia sudah memberikan gambaran terhadap objektif anugerah ini.

“Ingin saya jelaskan, anugerah ini bukan mainmain kerana hakikatnya undian 100 peratus di laman web ERA fm sendiri dijadikan penentu untuk memilih pemenang setiap kategori. Calon setiap kategori juga dibuat secara terperinci dan bukan main sumbat saja.

“Apa-apa pun, mungkin konsep digital itu sendiri masih kabur di mata ramai. Kami bangga dapat menganjurk­an anugerah yang membawa angin baru kerana belum ada anugerah sebegini dalam industri tempatan,” katanya.

Melihat kepada perjalanan acara yang menampilka­n konsep karpet merah, persembaha­n pentas dan penampilan penyampai, ERADMA 2016 tidak

Sesuai misi bersandark­an kuasa media sosial, ia bukan anugerah

picisan

dinafikan ada sisi glamor serta prestij tersendiri.

Disebabkan itu, Dhan berkata, pihaknya kini mempertimb­angkan untuk menjadikan acara itu lebih besar pada tahun depan.

“Kami akan mengadakan analisis untuk penganjura­n kali ini dan melihat aspek apa yang boleh ditingkatk­an. Saya boleh katakan acara ini mampu menjadi acara tahunan memandangk­an industri digital sendiri sangat berkuasa sekarang.

“Begitu juga dengan kandungan apabila kategori anugerah boleh ditambah, namun yang pasti ia takkan sama dengan anugerah lain. Tidak ketinggala­n, kami juga harapkan penyertaan ramai selebriti selepas ini akan menjadikan ia lebih meriah,” katanya.

 ??  ?? COLOUR of Voices.
COLOUR of Voices.
 ??  ?? FAIZAL tidak sangka menang.
FAIZAL tidak sangka menang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia