Harian Metro

Abang Lan lonjak Afzan

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Pembabitan dalam drama Lara Aishah kesempatan terbaik untuk lebih dikenali

Pembabitan pelakon Afzan Rahman dalam drama Lara Aishah yang ditayangka­n baru-baru ini kesempatan terbaik untuk dirinya lebih dikenali.

Afzan, 36, mengakui watak Azlan atau Abang Lan begitu dekat di hati peminat sehinggaka­n nama itu melekat sehingga sekarang.

“Tak dinafikan drama itu mencipta fenomena tersendiri. Sambutan yang diberikan penonton sangat luar biasa. Walaupun saya sekadar melakonkan watak tambahan, tempias drama itu turut dirasai.

“Sehinggaka­n kalau saya pergi mana-mana orang memanggil dengan nama Abang Lan. Mereka juga sempat berseloroh bertanya kaki saya okey atau tidak. Bukan apa dalam drama itu kaki Azlan cacat.

“Ini adalah drama kedua saya yang betul-betul melekat di hati penonton. Sebelum ini menerusi drama Rindu Awak 200%. Ia sekali gus buat saya rasa lebih dihargai,” katanya.

Menurut Afzan, dia bersyukur apabila tawaran berlakon tidak pernah putus meski sekadar diberikan watak pembantu.

Malah dia tidak pernah berkecil hati apabila sering disogokkan watak sama kerana itu semua rezeki.

“Saya tak kisah pun jika sering ditawarkan watak pembantu. Mungkin dengan watak sebegini peminat lebih mengenali saya. Pada masa sama saya perlu akur dengan permintaan stesen TV yang mahukan pelakon muda sebagai hero.

“Apa pun yang datang, itu rezeki saya. Tak perlu bersikap ‘demand’. Bagi saya tanpa watak pembantu jalan cerita sesebuah karya pasti tidak menjadi,” katanya.

Afzan berkata, sepanjang 10 tahun pembabitan­nya dalam bidang lakonan dia pernah tampil sebagai hero dalam tiga drama.

Bagaimanap­un, drama itu kurang menonjol sekali gus gagal melonjakka­n namanya.

“Saya sentiasa percaya pada rezeki Allah.

Jujurnya saya tak pernah mengharapk­an agar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia