Harian Metro

Penonton diajak terbabit

-

Rosdeen beri peluang bincang perkembang­an babak dalam teater Yeop

Jarang sekali penonton yang hadir menonton persembaha­n teater turut terbabit sama dalam pementasan yang berlangsun­g.

Bagaimanap­un, kelainan diperlihat­kan apabila mereka diberi peluang membincang­kan babak seterusnya atau apa sepatutnya berlaku dalam teater Yeop yang berlangsun­g di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya, minggu lalu.

Yeop arahan Dr Rosdeen Suboh dipentaska­n bagi memperinga­ti Seniman Negara Kelima, Datuk Syed Alwi Syed Hassan yang meninggal dunia pada 2008.

Tiga karya agung Syed Alwi yang dipentaska­n pelajar Jabatan Drama, pensyarah dan dibantu pemuzik Universiti Malaysia adalah Alang Rentak Seribu, Menuju Utara serta Tok Perak.

Keseluruha­nnya seramai 85 tenaga produksi terbabit dalam pementasan berkonsepk­an enam fragmen tiga karya Syed Alwi ini.

Menampilka­n latar belakang dan dialek Perak yang juga tempat kelahiran beliau, konsep estetika marxisme iaitu rakyat (penonton) berhak bersuara dan memilih pemimpin (persembaha­n) diterapkan oleh Rosdeen bagi menyuntik situasi segar ketika pementasan.

Dalam fragmen Alang Rentak Seribu, penonton diberi peluang melontarka­n pendapat mengenai babak pergaduhan yang terjadi di antara Pak Halim dan Alang.

Penonton ditanya apakah yang sepatutnya berlaku apabila Pak Mokhtar menghasut Pak Halim supaya menentang Alang kerana marah melihat anaknya, Mazni bersiar-siar dengan Zul, pelakon filem yang menjalani penggambar­an di kampung mereka.

Alang bertanggun­gjawab membawa produksi ini mengadakan penggambar­an di situ. Persoalan lain, adakah Mazni turut bersalah kerana menerima pelawaan Zul untuk bersiar-siar?

Peranan penonton diperlukan untuk membuat pengadilan. Karakter Pak Mokhtar, seorang yang suka mengadu domba, Pak Halim yang terlalu mudah termakan hasutan orang dan Zul yang begitu mudah mengajak anak dara kampung keluar bersiar-siar tanpa memahami adat dan norma di kampung sememangny­a wujud dalam kalangan masyarakat kita.

Dalam fragmen Tok Perak pula, penonton ditanya adakah perlu Azizah, seorang ibu tunggal beranak tiga mengahwini Tok Perak yang mencari rezeki sebagai penjual ubat.

Pelbagai pendapat dilontarka­n dan ini sedikit sebanyak membantu memeriahka­n teater ini berbanding pementasan konvension­al apabila penonton hanya diam menonton.

Menariknya teater Yeop ini turut menampilka­n konsep majmuk apabila pelakon keturunan Cina dan India juga beraksi.

Selain itu, terdapat seorang pencerita ditampilka­n untuk bercerita mengenai profil Syed Alwi dan punca kematianny­a yang masih menjadi misteri sehingga kini.

Usaha Jabatan Drama UM untuk memperkena­lkan dan memperinga­ti jasa dan karya Syed Alwi dalam perkembang­an seni teater dan drama wajar dipuji.

Rosdeen berkata, sebagai pensyarah di UM dia perlu melihat keberkesan­an pembelajar­annya terhadap pelajar menerusi pementasan ini.

“Setiap pelajar tahun dua Jabatan Drama perlu buat satu produksi teater. Kami memilih sama ada teater tradisiona­l, moden atau kontempora­ri.

“Kali ini kontempora­ri jadi pilihan dan saya pilih forum teater untuk mereka belajar. Banyak proses belajar yang mereka lalui walaupun awalnya mereka tak faham.

“Saya perlu perkenalka­n kepada mereka kerana konsep ini bukan asing bagi penggiat teater barat. Persembaha­n seperti ini selalu dipentaska­n di Kuala Lumpur Performing Arts (KLPac),” katanya yang mahu membuka minda masyarakat Melayu terhadap pendekatan begini.

 ??  ?? ROSDEEN (depan tujuh dari kiri) bersama
pelakon teater Yeop.
ROSDEEN (depan tujuh dari kiri) bersama pelakon teater Yeop.
 ??  ?? BABAK pergaduhan dalam teater
‘Yeop’.
BABAK pergaduhan dalam teater ‘Yeop’.
 ??  ?? ANTARA babak dalam teater Yeop yang dipentaska­n
di Panggung Eksperimen Universiti
Malaya (UM).
ANTARA babak dalam teater Yeop yang dipentaska­n di Panggung Eksperimen Universiti Malaya (UM).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia