Harian Metro

Corak watak cara sendiri

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kathryn akui terima pelbagai kritikan daripada pengikut setia Pangako Sa Yo

Nama Kathryn Bernardo tidaklah sebesar nama bintang lain dari Filipina seperti Kristine Hermosa, Jericho Rosales, Dingdong Dantes dan Marian Rivera.

Namun, menerusi drama bersiri terbaru yang ditayangka­n di

Astro Prima dan Maya HD berjudul Pangako Sa Yo, nama pelakon jelita ini semakin mendapat tempat menerusi watak Yna Macaspac.

Pangako Sa Yo pernah menjadi fenomena buat penggemar drama dari Filipina sekitar tahun 2002 lalu dan kini Kathryn bertanggun­gjawab mencorak watak ikonik yang pernah dibawakan Kristine Hermosa dengan caranya tersendiri.

Bagi pelakon berusia 21 tahun ini, dia sendiri mengakui lakonannya dalam drama itu agak matang.

“Ini adalah masa dan tawaran yang sesuai untuk saya memberikan lakonan lebih matang. Watak Yna lebih dewasa berbanding usia sebenar saya,” katanya.

Kathryn mengakui, dia dan gandingann­ya, Daniel Padilla yang memegang peranan sebagai Angelo Buenavista turut menerima pelbagai kritikan daripada pengikut setia Pangako Sa Yo.

“Lakonan kami tentunya tidak dapat menandingi lakonan hebat pelakon versi asalnya iaitu Kristine dan Jericho.

“Kami cuba mencorakka­n watak ikonik itu dengan cara tersendiri. Tetapi, kami tetap akan menerima kritikan secara terbuka kerana mungkin ada beberapa perkara yang boleh kami perbaiki dalam lakonan,” katanya.

Selain itu, Kathryn juga memaklumka­n dia tidak akan berhenti daripada mencari ilmu bagi meningkatk­an kemahiran lakonannya.

“Saya akan terus belajar dan memperbaik­i kekurangan. Ini adalah karakter pertama saya untuk watak yang serius dan besar, jadi banyak lagi perlu ditambah,” katanya.

Secara ringkasnya, Pangako Sa Yo versi baru ini berkisar mengenai hubungan cinta antara Yna dan Angelo yang bermula dengan beberapa konflik dan salah faham.

Namun, mereka terus berjuang demi cinta walaupun mendapat tentangan banyak pihak.

Di Filipina, Pangako Sa Yo versi baru ini ditayangka­n bermula Mei 2015 hingga Februari 2016 manakala, di Malaysia, ia mula ditayangka­n sejak dua minggu lalu.

Lebih menarik lagi, drama bersiri ini ditayangka­n dalam versi alih suara ke bahasa Malaysia dan lagu temanya dinyanyika­n dalam dua versi iaitu bahasa Tagalog dan Malaysia yang menampilka­n Mark Adam dan Adira.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia