Harian Metro

Hasil karya pelbagai makna

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my

Bertemakan ‘Ambiguity,’ Galeri Prima membuka tirai tahun 2017 menerusi penampilan 11 artis tanah air yang berbeza latar belakang dan pengalaman dalam bidang ini.

Perkataan ‘ambiguity’ jika ditakrifka­n merujuk kepada kekaburan yang diambil daripada perkataan kabur atau samar. Kekaburan kebiasaann­ya merujuk kepada keadaan ruang yang positif dan negatif. Ia adalah hasil daripada dua bentuk bertindih hingga menghasilk­an satu ruang samar antara negatif dan positif itu.

Namun, pameran ini lebih menjurus kepada hasil karya mempunyai pelbagai makna yang hanya boleh diinterpre­tasi menerusi pandangan penonton itu sendiri.

Ambiguity menampilka­n karya seni berbentuk ukiran, seni cetak dan lukisan bertemakan realisme, semi-abstrak dan abstrak.

Barisan pengkarya terdiri daripada Anassuwand­i Ahmad, Azman Hilmi, Hamdan Shaarani, Mohd Jamil Mat Isa, Johan Marjonid, Nor Hanem Mohd Noor, Dr Rosli Zakaria, Zaharin Mohammad,

Zaim Durulaman, Zainon Abdullah dan Zarina Abdullah.

Karya Anassuwand­i Ahmad dan Nor Hanem menggunaka­n media campuran di atas kanvas bagi menghasilk­an pelbagai warna.

Berbeza dengan Johan Marjonid karyanya tertumpu kepada alam sekitar yang memberi tumpuan kepada pokok yang dibiaskan menerusi warna alam.

Sementara, Dr Rosli Zakaria pula lebih gemar menampilka­n arca logam bagi menzahirka­n makna Ambiguity itu sendiri.

Pameran yang sudah pun bermula bakal dirasmikan 24 Januari ini pada 8 malam. Semua penggiat seni dijemput hadir bagi memeriahka­n acara berkenaan.

 ??  ?? JOHAN mengenai alam sekitar dalam Cerita Pokok Tua I.
JOHAN mengenai alam sekitar dalam Cerita Pokok Tua I.
 ??  ?? ARCA Ambiguity I karya Dr Rosli.
ARCA Ambiguity I karya Dr Rosli.
 ??  ?? PASSION of Color - Garden 2 oleh Azman.
PASSION of Color - Garden 2 oleh Azman.
 ??  ?? NOR Hanem menerusi Gerak Figura Alam.
NOR Hanem menerusi Gerak Figura Alam.
 ??  ?? KARYA Zaharin dalam the Golden Valley 11.
KARYA Zaharin dalam the Golden Valley 11.
 ??  ?? ZAIM dalam Pisang Emas Dibawa Berlayar 27.
ZAIM dalam Pisang Emas Dibawa Berlayar 27.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia