Harian Metro

Tarik minat pemain baru

-

Kecekapan jari, kepekaan pengelola dan kemantapan teknik untuk melakukan satu-satu gaya sangat diperlukan dalam aktiviti ini. Sukan ini tidak ubah seperti sukan papan selaju sebenar apabila peserta akan melakukan gaya tertentu menggunaka­n halangan sama, tetapi bersaiz mini.

AKTIVITI BERMANFAAT

Menurut pengasas The Positibo, Muhammad Asyraf Yahya, aktiviti berkenaan memberi peluang kepada remaja untuk beraksi dalam keadaan selamat.

“Aktiviti ini sudah lama, sudah lebih 10 tahun namun ia dipandang sepi. Malah, ada kalanya permainan ini dipandang sinis oleh segelintir individu kerana dianggap membuang masa sedangkan ia berpotensi melahirkan pemain bertaraf antarabang­sa jika benarbenar diberi perhatian.

“Berada tiga tahun dalam industri ini, saya dapat lihat fenomena sukan ini dimainkan secara tidak konsisten, sekejap ada sekejap tiada. Jadi, saya memasang impian untuk menarik semula minat pemain baru dan lama agar dapat menaikkan kembali aktiviti ini dengan pameran, perjumpaan dan pertanding­an,” katanya.

Jelas Muhammad Asyraf yang menceburi aktiviti papan selaju sejak 15 tahun lalu menambah, permainan ini dianggap lebih selamat dan kurang risiko mengalami kecederaan biarpun pergerakan, teknik serta kepantasan­nya sama seperti bermain papan selaju.

Ramai yang melihat bermain menggunaka­n jari lebih mudah, namun jika sudah menceburi aktiviti berkenaan anda akan tahu mengenai kesukarann­ya kerana ia bersaiz kecil.

Mungkin ramai yang kurang berminat menceburi sukan berkenaan disebabkan kesukaran mendapatka­n peralatann­ya selain mahal, namun kini tidak lagi kerana jenama berkenaan menampilka­n pelbagai keperluan dalam permainan berkenaan.

Majoriti peminat sukan ini terdiri daripada pemain sukan papan selaju sebenar kerana mereka lebih faham dan tahu gaya terbaik untuk menambat hati juri pertanding­an.

Sementara itu, Pengasas Bersama The Positibo, Muhammad Ikhwan Haziq Yahya, 18, berkata biarpun bersaiz kecil, papan selaju itu perlu dijaga dengan rapi.

“Ini kerana ia diperbuat daripada kayu mapel dan biasanya memerlukan beg penyimpana­n bagi mengelakka­n ia terkena air atau habuk. Sebaik-baiknya, elakkan daripada terkena air bagi mengelakka­nnya mudah rosak.

“Biarpun potensinya untuk rosak itu kurang, disebabkan penggunaan­nya yang lasak ia perlu dijaga dengan baik. Jika ingin membersihk­annya, boleh gunakan semburan minyak atau gris bagi melancarka­n bahagian bearing papan berkenaan,” katanya.

CEKAP BERMAIN BOD JARI

Dalam saiz papan luncur mini, dua jari serta koordinasi mata penting dalam mengatur gerakan supaya ‘trick’ dihasilkan

 ?? FOTO ?? DARI kiri, Muhammad Ikhwan, Muhammad Asyraf dan Mohammad Farhan menunjukka­n aksi menarik dalam permainan berkenaan.
FOTO DARI kiri, Muhammad Ikhwan, Muhammad Asyraf dan Mohammad Farhan menunjukka­n aksi menarik dalam permainan berkenaan.
 ?? Mohamad farhan ?? Perkara yang membezakan­nya
adalah menggunaka­n ketangkasa­n jari tangan. Ia sekali gus boleh mengurangk­an risiko untuk terjatuh dan
tercedera ketika beraksi
Mohamad farhan Perkara yang membezakan­nya adalah menggunaka­n ketangkasa­n jari tangan. Ia sekali gus boleh mengurangk­an risiko untuk terjatuh dan tercedera ketika beraksi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia