Harian Metro

Bulan madu kedua

- Susunan Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Ada kalanya keinginan untuk berbulan madu kali kedua hadir selepas sekian lama berumah tangga. Namun, mungkin ia agak mustahil untuk dilakukan apatah lagi jika ada anak masih bersekolah dan memerlukan perhatian.

Selain itu, faktor masa, kewangan dan persetujua­n pasangan juga sering menjadi penghalang untuk mengulangi saat indah bercuti berdua-duaan seperti pada awal perkahwina­n dulu.

Namun, sesekali tidak salah untuk merancang mengadakan bulan madu kali kedua khususnya bagi pasangan yang mungkin tidak berpeluang menikmati saat itu atau yang sudah berpuluh-puluh tahun mendirikan rumah tangga. Ini masa yang sesuai untuk berdua-duaan dan ia boleh menjadi sangat penting dalam mengembali­kan kehangatan cinta bersama pasangan.

ANTARA KEPENTINGA­N BULAN MADU KALI KEDUA ADALAH:

1. Percutian

Apabila berkahwin, peranan sudah berkembang dan memikul tanggungja­wab sebagai suami atau isteri, ibu bapa atau pekerja. Ada kalanya tanggungja­wab yang perlu dilaksanak­an itu membuatkan kita kurang memberi perhatian kepada pasangan.

Oleh itu, ambil masa untuk berdua-duaan dengan pergi bercuti. Tinggalkan anak dengan pengasuh atau individu yang boleh dipercayai untuk dijaga selama beberapa hari, sekali gus memberi peluang kepada anda berdua berehat seketika. Cara ini sedikit sebanyak memberi kebaikan kepada kesihatan diri dan pasangan itu sendiri.

2. Mengeratka­n kembali hubungan

Kebiasaann­ya, rutin harian bersama pasangan dilakukan secara berasingan dan inilah sebabnya mengapa bulan madu kali kedua menjadi sangat penting.

Bulan madu kali kedua boleh membantu pasangan mengingat kembali sebab dia tertarik kepada anda. Peluang ini memupuk sikap saling sayang menyayangi dan menghangat­kan kembali cinta yang mungkin ditinggalk­an tanpa sengaja.

3. Beri keutamaan pada diri

Kos belanja, bayaran cagaran, anak, sekolah, tempat kerja atau kereta yang perlu dilangsaik­an boleh memberi halangan untuk berbulan madu semula. Caranya, anda boleh memilih lokasi yang berdekatan dengan rumah atau lebih mudah untuk memberi tumpuan terhadap hubungan bersama pasangan.

4. Hangatkan kembali kemesraan

Panggilan mesra mengingatk­an anda kepada suasana romantik ketika bergelar pasangan kekasih atau bulan madu pada awal perkahwina­n. Ia membantu membawa kembali dan mengingati kisah menarik bersama pasangan satu ketika dulu.

5. Lebih mengenali pasangan

Ada kalanya, sibuk dengan kehidupan seharian membuatkan kita tiada masa untuk merenung mata pasangan, duduk dan berbual bersama, mengenal pasti minatnya, berkongsi kisah ketika kecil atau melawat tempat penting yang menjadi kenangan manis.

Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat membantu anda saling mengenali dengan lebih mendalam.

6. Hargai masa berdua

Ambil kesempatan ini untuk keluar bersama dan beri tumpuan sepenuhnya kepada pasangan. Walaupun mungkin satu jam pertama perbualan menyentuh soal anak, masalah harian, bil atau kerja, jangan menyerah kalah. Sebaliknya, cuba ceriakan suasana bersama pasangan dan kenali alasan anda jatuh cinta dengan suami atau isteri. 7. Cinta dan masa

Agak sukar untuk sesetengah pasangan mencari masa melakukan aktiviti menyeronok­kan seperti menonton wayang bersama. Bayangkan betapa indahnya jika anda dapat lari jauh buat seketika daripada kesibukan hidup yang ditempuh setiap hari.

Tidak mengapa jika tidak dapat bercuti panjang. Beberapa hari sudah memadai. Jika tidak boleh juga, cuba ambil masa selama 24 jam atau beberapa jam yang boleh. Perkara yang lebih penting adalah anda dapat memberikan meluangkan masa berdua. Ada kalanya, 30 minit berdua tanpa sebarang gangguan memberi kesan yang mungkin sama atau lebih daripada bulan madu kali kedua.

8. Cari lokasi berdekatan

Tidak perlu bercuti ke tempat yang jauh. Ada sesetengah pasangan yang suka memilih lokasi yang agak jauh untuk berbulan madu kali kedua agar ia berbaloi. Namun, jika tidak dapat bercuti jauh, boleh saja memilih lokasi yang berhampira­n. Perkara yang lebih penting adalah keselesaan dan boleh memberi tumpuan terhadap misi mengeratka­n kembali hubungan bersama pasangan.

9. Jadilah contoh yang baik

Ada pasangan yang tidak pernah meninggalk­an rumah atau melancong disebabkan anak-anak tidak menyukainy­a. Pasangan ini tidak dapat memberi tumpuan kepada diri sendiri kerana bimbang situasi berkenaan menanti apabila pulang bercuti.

Ingatlah, apapun perkara yang tidak disukai mereka, perkara yang penting adalah dapat memberi perhatian terhadap hubungan bersama pasangan, sama seperti anak-anak.

Usaha menjaga hubungan bersama pasangan akan menjadi contoh yang baik kepada anak untuk mereka nilai dan kenang apabila dewasa kelak.

10. Ulang semula

Apabila anda tahu kebaikan menghangat­kan semula hubungan dengan pasangan, rancanglah untuk melakukann­ya kembali pada masa akan datang. Mungkin boleh habiskan masa dalam tempoh singkat, beberapa jam, minggu atau bulan.

Ia untuk memastikan kita menghargai kehadiran dan kepentinga­n pasangan dalam hidup. Jangan tunggu terjadinya konflik atau hubungan menjadi dingin. Ulang sekerap mungkin yang anda boleh sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan atau harian. Tidak salah melabur dalam mengeratka­n hubungan anda berdua.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia