Harian Metro

Dapatkan perut, dada menawan

-

Ingin memiliki bentuk dada dan perut menawan? Jika ya, anda perlulah rajin bersenam dan mengamalka­n diet seimbang sekali gus mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat.

Jika senaman dan menjaga diet seimbang dilakukan secara rutin serta konsisten, tidak mustahil kita mampu memiliki bentuk badan diidamkan apatah lagi jika usaha berkenaan turut memberi impak kepada kesihatan badan.

Jurulatih bertauliah National Associatio­n of Strength and Conditioni­ng (NASC) Mohd Shazly Rosly berkata, tiada alasan untuk tidak bersenam kerana ia boleh dilakukan pada bilabila masa saja.

“Sekurangku­rangnya lakukan senaman tiga hingga empat kali seminggu terutama kepada individu yang baru berjinakji­nak untuk bersenam. Antara senaman yang boleh dilakukan bagi membantu menguatkan otot perut adalah dengan latihan tekan tubi.

“Pelbagai jenis latihan tekan tubi boleh dicuba yang bukan saja membantu memiliki bentuk perut lang sing malah dada menarik. Latihan senaman tekan tubi boleh dilakukan mengikut kemampuan masingmasi­ng.

“Sebaiknya, mulakan dengan ulangan tiga set dengan setiap satu set sebanyak 15 kali. Ulangan boleh ditambah secara perlahanla­han jika otot atau badan sudah dapat menerimany­a dengan baik,” katanya.

Jelas jurulatih yang turut memiliki gimnasium sendiri, Azay Fitness Studio, Gombak, pastikan dalam tempoh empat atau lima jam sebelum bersenam kita perlu makan bagi mengelakka­n rasa pening atau muntah ketika melakukan latihan senaman.

Selepas makan, rehat sekurangku­rangnya satu jam sebelum bersenam bagi mengelakka­n muntah. Pilih senaman yang boleh dilakukan di manamana saja secara konsisten.

Banyak jenis senaman yang boleh dilakukan, namun sebaiknya dapatkan nasihat daripada jurulatih bertauliah terlebih dulu bagi mengelakka­n sebarang kecederaan atau masalah lain.

A. Tekan tubi Spiderman

Senaman tekan tubi jenis ini membantu mendapatka­n

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia