Harian Metro

Lukis motosikal, kereta klasik

- Rosman Shamsudin rencana@hmetro.com.my

40 karya lukisan pelbagai perspektif dihasilkan dalam Pertanding­an Melukis ‘Pior Art and Engine’

Kira-kira 40 pelukis di negara ini menyertai pertanding­an melukis motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson dan kereta klasik dalam Pertanding­an Melukis ‘Pior Art and

Engine’ sempena Pameran Limpahan Warna di Muzium Darul Ridzuan, Perak, barubaru ini.

Malah 40 karya lukisan pelbagai perspektif juga berjaya dihasilkan dalam pertanding­an anjuran Persatuan Pelukis Perak (PPPk) dengan kerjasama Tourism Perak dan Muzium Perak Darul Ridzuan.

Semua peserta mempamerka­n bakat masing-masing dengan kreativiti tersendiri bagi menghasilk­an lukisan motosikal berkuasa tinggi dan kereta klasik yang dijemput khas dari Kumpulan Motosikal Harley dari Kuala Lumpur, Broder Hood Riders dan Yope Choper dari negeri itu.

Setiausaha PPPk

Hirzuan Zulkifli, 46, berkata pertanding­an itu secara tidak langsung menghimpun­kan sebahagian pelukis di negara ini.

Katanya, melukis motosikal berkuasa tinggi secara spontan bunyinya mudah untuk diaplikasi­kan dalam bentuk lukisan namun tidaklah semudah yang disangkaka­n.

Ia kerana memerlukan kemahiran kendiri dan daya pengamatan serta penelitian yang sepenuhnya bagi menghasilk­an karya hebat.

Pada masa sama pertanding­an ini juga bertujuan mempelbaga­ikan sumber ilham pelukis dan salah satu batu loncatan kepada pelukis muda mempamerka­n bakat serta menimba pengalaman bersama pelukis ternama dalam bidang ini.

“Karya yang dihasilkan pelukis yang mengambil bahagian dalam pertanding­an ini memang kreatif dan berkualiti hingga pengadil pertanding­an sukar untuk membuat keputusan.

“Pihak PPPk berharap pada masa akan datang lebih ramai lagi pelukis tempatan terutama pelukis muda mengambil bahagian supaya lebih banyak bakat seni dicungkil.

“Sepanjang pertanding­an ini peserta mempamerka­n bakat dan saling bertukar idea sekali gus mengeratka­n ikatan bagaikan keluarga besar,” katanya.

Majlis perasmian dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan Presiden PPPk, Datuk Dr Ahmad Lothfi Ibrahim.

Pelukis yang berasal dari Lenggong, Amin Busu, 50, dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang wang tunai RM 1,000 dan tempat kedua mendapat wang tunai RM500 dimenangi Muhammad Emir, 20, dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu, Melaka dan tempat ketiga disandang pelukis sepenuh masa, M Aminuddin Osman, 46, dari Ipoh.

Hirzuan berkata pertanding­an yang dijalankan ini juga bertujuan merancakka­n lagi kempen Tahun Melawat Perak 2017.

“Pertanding­an ini secara langsung dapat memperkena­lkan negeri ini yang kaya dengan kawasan pelanconga­n,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Emir di tempat kedua dengan lukisan kereta klasik.
MUHAMMAD Emir di tempat kedua dengan lukisan kereta klasik.
 ??  ?? HIRZUAN (depan dua dari kanan) bersama sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam Pertanding­an Melukis ‘Pior Art and Engine’.
HIRZUAN (depan dua dari kanan) bersama sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam Pertanding­an Melukis ‘Pior Art and Engine’.
 ??  ?? PEMENANG tempat pertama, Amin menunjukka­n hasil karya lukisan motosikal berkuasa tinggi yang dilukisnya secara spontan.
PEMENANG tempat pertama, Amin menunjukka­n hasil karya lukisan motosikal berkuasa tinggi yang dilukisnya secara spontan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia