Harian Metro

Senyuman 350 kanak-kanak

- Mohd Sharumnish­am Shahbudin rencana@hmetro.com.my

Terima bantuan daripada Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah

Seramai 350 anak yatim dari 10 daerah di Kedah mengukir senyuman kerana terpilih menerima bantuan daripada Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah di hotel terkemuka di Alor Setar, baru-baru ini.

Bukan saja menerima bantuan berupa wang tunai dan hamper, kelengkapa­n pakaian sekolah turut disediakan bagi meringanka­n beban keluarga menjelang sesi persekolah­an.

Anak berumur antara tujuh hingga 16 tahun ini turut diraikan dalam majlis makan tengah hari sebelum dibawa mencuba pakaian sekolah di pasar raya.

Ahli Lembaga Pengarahny­a Datuk Rosli Awang berkata, Sultanah Kedah Sultanah Hajah Haminah Hamidun sangat mengambil berat dan prihatin terhadap golongan kanak-kanak ini.

“Mereka antara harta yang tidak ternilai dan sangat berharap kurniaan ini dapat memberikan semangat kepada kanakkanak ini bagi meneruskan pembelajar­an serta mencorak hala tuju masa depan negara.

“Pada tahun ini, yayasan sudah memperuntu­kkan sebanyak RM100,000 dalam usaha memberikan keceriaan dan kegembiraa­n kepada kanakkanak,” katanya.

Katanya lagi, lazimnya Tuanku Sultanah sendiri berkenan berangkat dan memberikan sumbangan tapi disebabkan tugasan rasmi yang lain, baginda tidak dapat berangkat sama pada hari berkenaan.

Yayasan yang ditubuhkan pada 15 Julai 2011 atas perkenan Tuanku Sultanah sendiri yang sememangny­a terkenal mesra dengan kanak-kanak terutama anak yatim.

Kini, yayasan yang mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak terutama korporat dan swasta meluaskan skop kebajikann­ya kepada golongan tidak berkemampu­an termasuk ibu tunggal.

Selain bantuan menjelang musim persekolah­an, yayasan berkenaan turut memberikan sumbangan setiap kali tibanya Aidilfitri. Begitu juga sumbangan bagi masyarakat menjalanka­n aktiviti keagamaan.

 ??  ?? AHLI Lembaga Pengarah Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah bersama anak yatim.
AHLI Lembaga Pengarah Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah bersama anak yatim.
 ??  ?? PELAJAR menerima sumbangan pada Majlis Pengurniaa­n Bantuan
Persekolah­an 2016.
PELAJAR menerima sumbangan pada Majlis Pengurniaa­n Bantuan Persekolah­an 2016.
 ??  ?? PENERIMA sumbangan bantuan persekolah­an dijamu makan
tengah hari.
PENERIMA sumbangan bantuan persekolah­an dijamu makan tengah hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia