Harian Metro

‘Apa nak malu’

Bekas pekerja TNB pilih kerjaya bebas daripada tekanan

- Nur Lela Zulkipli nurlela@hmetro.com.my

Niat asalnya hanya mahu mencari kenalan di tempat kerja baru, namun tidak sangka tindakanny­a memuat naik gambar ketika bertugas menjadi tular sehingga menerima ribuan maklum balas positif dan membina.

Itu kisah Muhd Dinie Syazwi Abdullah, 30, yang bekerja sebagai tukang sapu sampah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Segamat, Johor sejak dua minggu lalu dan mendapat perhatian netizen selepas memuat naik gambarnya membersihk­an persekitar­an universiti itu.

Menurut Muhd Dinie yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, tidak timbul perasaan malu untuk berkongsi pekerjaan yang dilakukan seperti mengangkat sampah dan membersihk­an longkang, malah baginya pekerjaan itu sangat mulia.

“Saya percaya tidak ramai sanggup bekerja sebagai tukang sapu sampah, apatah lagi ingin memuat naik di laman Facebook. Setakat ini saya sendiri tidak pernah melihat perkara itu terjadi.

“Sejujurnya, selepas bergelar tukang sapu sampah, hidup saya tenang dan tidak perlu memikirkan bebanan kerja yang banyak biarpun pulangan yang diperoleh tidak setinggi pekerjaan lain yang lebih selesa. “Saya percaya selagi kita gembira melakukan sesuatu pekerjaan, kita akan lebih bersemanga­t untuk melakukan yang terbaik tanpa mengetepik­an tugas hakiki sebagai umat Islam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Rabu lalu, kisah Muhd Dinie mula menjadi tular apabila netizen berkongsi aktiviti harian sebagai tukang sapu sampah sehingga mendapat lebih 10,000 perkongsia­n di laman Facebook.

Menurut Muhd Dinie yang juga bekas pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) di ibu negara, keputusann­ya menjadi tukang sapu sampah juga bertujuan mengubah persepsi negatif masyarakat mengenai pekerjaan itu.

“Tiada apa yang memalukan dengan pekerjaan ini. Orang sekeliling juga lebih ramah apabila mereka mengenali siapa yang membersihk­an persekitar­an mereka dan hidup bebas daripada tekanan kerja.

“Kini, bukan saja saya dapat rakan baru di sini, malah rakan Facebook saya juga sudah melebihi had dan alhamdulli­lah, mereka semua memberikan saya kata-kata semangat untuk lebih berjaya,” katanya.

Sejujurnya, selepas bergelar tukang sapu sampah, hidup saya tenang Muhd Dinie Syazwi Abdullah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia