Harian Metro

Takut ada batas, berani biar bertempat

- Ahmad Fahim Robani

Takut satu perasaan yang Allah SWT cipta dalam diri manusia. Perasaan semula jadi yang tidak boleh dihilangka­n. Banyak juga perkataan yang memberi makna sinonim dengan takut seperti fobia, trauma, khuatir, resah, cemas, panik dan sebagainya. Allah SWT sendiri menyatakan dalam surah al-Maarij ayat 19 maksudnya: “Sesungguhn­ya manusia dicipta dengan sifat keluh-kesah lagi kikir”.

Memberikan gambaran bahawa lazimnya sifat takut dikaitkan dengan sifat buruk yang ada pada seseorang. Seolah-olah ada had atau batas pada dirinya. Lawan bagi sifat takut berani. Satu sifat yang dilihat mampu mengatasi segala batas dan halangan. Tidak kira apa jua cabaran yang mendatang.

Jika itu kesimpulan mudahnya, maka takut sesuatu yang bersifat negatif semata-mata, setuju? Sudah tentu kalau kita mendalami sifat ini, ada ketikanya ia bersifat positif. Malah, Allah sendiri mengarahka­n kita agar takut kepada zat-Nya Yang Maha Sempurna sebagaiman­a tercatat dalam surah al-Maidah ayat 3 bermaksud: “Maka janganlah kamu takut kepada mereka (manusia) tetapi takutilah Aku”.

Bermakna takut yang sebenar-benarnya pada Allah dengan mentaati segala perintah dan menjauhi segala larangan dengan penuh rasa perhambaan dan cinta kepada Allah SWT. Takut bentuk ini dinamakan sebagai khasyah. Takut yang bersandark­an kepada harapan rahmat dan keampunan Allah. Hingga pada satu tahap tertinggi apabila seseorang merasakan takut andai Allah tidak menerimany­a sebagai hamba Allah. Khuatir tidak diterima segala amalannya yang lalu hingga boleh menghumban­kannya ke neraka.

Takut yang negatif atau tidak bertempatl­ah yang sepatutnya kita buang.

Seperti takut pada hantu yang tidak wujud pada hakikatnya. Kita menamakann­ya sedemikian. Hakikatnya itu syaitan atau jin yang menzahirka­n diri mereka dengan satu-satu wajah atau jelmaan yang menakutkan. Takut untuk bertanya pada seseorang dalam mendapatka­n penjelasan yang sepatutnya diketahui. Terhalang dirinya daripada pengetahua­n. Namun ada ketikanya perasaan takut ini mesti diwujudkan dalam diri seseorang. Antara tujuannya supaya manusia dapat membataska­n diri daripada melakukan sesuatu yang berbahaya atau boleh memudaratk­an diri serta masyarakat. Merempit atau berlumba di jalan raya sedangkan nyawanya sendiri boleh melayang. Nyawa pengguna jalan raya lain juga terancam akibat perbuatann­ya itu.

Menyeludup pelbagai jenis mercun dan bunga api berbahaya untuk pasaran pada musim perayaan umpamanya oleh sindiket tertentu. Malah, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) sendiri mula menggerakk­an operasi dalam membantera­s kegiatan haram ini. Semuanya ini bukti keberanian yang tidak bertempat dan tidak kena pada tempatnya. Mencabar undang-undang yang ditetapkan untuk ketenangan hidup diri dan negara. Secara mudah, masyarakat umum melihat pertunjuka­n mercun dan bunga api semacam diperlukan dalam memeriahka­n satu-satu sambutan serta perayaan.

Namun, kawalan penguatkua­saan amat dituntut bagi memberi jaminan keselamata­n pada diri serta orang sekeliling.

Kita takut andai insiden yang berlaku pada malam sambutan Tahun Baru 2017 di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang yang menyebabka­n 10 orang cedera dan melecur akibat daripada letupan mercun yang tidak diselengga­ra dengan baik boleh berulang.

Setiap individu mesti takut daripada mengambil hak orang lain. Ada yang terlalu berani. Seolah-olah semua harta yang dia tahu, boleh dimiliki. Terang lagi bersuluh harta tersebut bukan miliknya. Berani tidak bertempat. Cukup berani menetapkan sejumlah wang tertentu sebagai satu imbuhan bagi projek yang ditawarkan. Sebagaiman­a yang dilakukan oleh seorang penolong jurutera kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah. Beliau ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan RM3 juta. Malah, apa yang dilakukan oleh tujuh anggota polis dalam mengedar dadah dengan nilai RM6.7 juta satu tindakan berani yang tidak dapat diterima. Apatah lagi salah seorang daripada mereka berpangkat Asisten Superinten­dan yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Kuala Lumpur.

Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dalam serbuan merampas pelbagai jenis dadah seberat 75 kilogram untuk pasaran di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Keadaan ini secara langsung akan membawa kegusaran kepada masyarakat lantaran pagar yang diharapkan menjaga padi sudah berlaku sebaliknya.

Kita yakin mereka yang menyebarka­n maklumat sebegini sebenarnya mempunyai niat yang baik. Untuk mengingatk­an masyarakat agar sentiaa berwaspada dan berhati-hati apabila melakukan transaksi di luar, bersiar-siar di khalayak ramai dan

sebagainya. Dengan kata lain ia satu usaha murni menggambar­kan keprihatin­an kita kepada sesama masyarakat. Dalam masa sama, kita juga perlu memastikan tahap kewaspadaa­n yang hendak kita berikan kepada masyarakat.

Maksudnya jangan ditambah cerita yang boleh menakutkan orang ramai hinggakan rasa tidak selamat tatkala di luar rumah atau jalanan. Sebaran gambar, berita atau klip ideo khasnya yang bersifat jenayah mesti ditapis. Jangan sampai ketenangan serta keharmonia­n masyarakat tergugat. Kadangkala berita atau maklumat yang hendak disampaika­n itu tidak perlu kepada gambar dalam menyatakan sesuatu perkara atau insiden. Cukup sekadar pernyataan.

Cuba kita fahamkan benar-benar pada hadis Rasulullah SAW ini bermaksud: “Tidak halal bagi seseorang Muslim menakut-nakutkan Muslim yang lain.” (HR. Abu Dawud).

Malah, terdapat beberapa riwayat lain yang menunjukka­n haram menakut-nakutkan insan lain walaupun dalam keadaan bergurau. Sewajarnya kita lebih peka dalam setiap sebaran maklumat yang hendak kita lakukan. Kena lebih bijaksana dalam menilai agar kewaspadaa­n yang dibina dengan baik. Bukannya ketakutan yang kita bina dalam masyarakat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia