Harian Metro

Cabaran getir

„ Selangor berdepan tugas sukar berdepan Pulau Pinang pada aksi pembuka tirai Liga Super, esok

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Jurulatih Selangor P Maniam mengakui anak buahnya bakal berdepan tugas sukar menentang Pulau Pinang biarpun beraksi di laman sendiri pada aksi pertama Liga Super esok.

Beliau berkata, pasukan Harimau Kumbang itu membuat persiapan lebih rapi berbanding Red Giants yang memulakan latihan pramusim agak lewat sehinggaka­n kini masih mencari pemain.

“Kalau nak cakap sudah bersedia, kami sudah membuat persediaan sebaik yang boleh. Semua pemain juga dalam keadaan baik walaupun ada pemain mengalami kecederaan.

“Tidak dinafikan, Pulau Pinang membuat persiapan lebih baik berbanding kami. Mereka juga sekarang mempunyai jurulatih berpengala­man (Ashley Westwood) jadi itu cabaran hebat buat pemain saya.

“Jadi saya berharap pemain dapat berusaha lebih keras untuk memastikan kemenangan pasukan kerana itu sasaran kami,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Maniam turut mengesahka­n terpaksa mengetepik­an penjaga gol Khairulazh­an Khalid dan Norazalan Razali akibat kecederaan dengan tugas itu bakal digalas pemain muda Zarif Irfan Hashimuddi­n.

Malah Red Giants juga hanya akan menggunaka­n dua pemain import, pertahanan Ugo Ukah dan penyerang Francis Forkey Doe kerana Andik Vermansyah terpaksa berehat panjang akibat kecederaan dengan Maniam masih mencari seorang pemain bagi melengkapk­an kuota import.

“Saya masih mencari seorang lagi pemain di posisi penyerang dalam tempoh dua hari ini dan kemungkina­n pemain import itu akan beraksi pada perlawanan kedua nanti,” katanya.

Mengulas mengenai Selangor yang terpaksa bermain di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang susulan penutupan Stadium Shah Alam bagi kerja penyelengg­araan, Maniam percaya ia bukan masalah buat anak buahnya yang sudah biasa bermain di gelanggang itu tahun lalu.

 ??  ?? PEMAIN Selangor giat menjalani latihan.
PEMAIN Selangor giat menjalani latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia