Harian Metro

Kulit sawo matang dah tak cantik

-

Kuala Lumpur: Sindrom

‘gila’ mahu kulit putih selain tanggapan kulit sawo matang atau gelap itu tidak cantik menyebabka­n semakin ramai wanita Malaysia terdedah risiko pelbagai penyakit maut bawaan produk kecantikan beracun.

Ketua Seksyen Kawalan Farmaseuti­kal dan Perlindung­an Pengguna, Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Wilayah Persekutua­n Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), Shahid Yahya berkata, berdasarka­n kajian kesihatan dilakukan mengesahka­n krim pemutih tanpa kelulusan boleh mendatangk­an pelbagai kesan mudarat dan antara paling ditakuti adalah kanser payudara.

Kandungan kimia merkuri yang kerap ditemui di dalam krim pemutih disahkan menjadi punca kanser pangkal rahim, kanser paru-paru dan pelbagai kanser lain.

Pemakaian untuk jangka lama krim pemutih merkuri ini akan menyebabka­n kimia berbahaya ini menyerap ke dalam tubuh dan meracuni tubuh secara perlahan-lahan.

“Selain itu kimia merkuri di dalam produk pemutih kulit boleh menjadi punca kepada kelahiran bayi pramatang atau kecacatan fizikal.

“Produk berbahaya ini yang dipakai oleh ibu hamil atau sedang menyusukan bayi boleh memberi kesan langsung kepada janin dan anak dikandung,” katanya.

Menurutnya, merkuri boleh meresap masuk ke dalam darah dan mengalir ke plasenta yang menjadi ‘gudang’ makanan pada janin.

“Selain itu, pemakaian krim mengandung­i kimia merkuri turut memberi kesan ketara kepada kesihatan apabila ia dikesan boleh menyebabka­n pening kepala, mual, pandangan mata menjadi kabur, kerosakan ginjal dan saraf.

“Walaupun kosmetik merkuri pada peringkat awal seolah-olah mencantikk­an kulit, namun sedikit demi sedikit ia akan menghasilk­an bintik hitam, kemerahan, kegatalan sebelum kerosakan pada saraf, ginjal dan kulit,” katanya.

Kebiasaann­ya bahan kimia di dalam produk pemutih berfungsi melawan proses melanin pada kulit hingga menyebabka­n melanin menjadi berkuranga­n. Akibatnya kulit akan menjadi lebih putih hingga mudah rosak akibat pancaran ultra unggu.

“Mitos kononnya kulit putih dikaitkan dengan individu cantik perlu dikikis. Ia hanya akan lebih memudaratk­an,” katanya.

Pemakaian krim mengandung­i kimia merkuri turut memberi kesan menyebabka­n pening kepala, mual, pandangan mata menjadi kabur, kerosakan ginjal dan saraf”

Shahid Yahya

 ??  ?? PRODUK kecantikan yang sudah dilabel dengan pelbagai jenama. GUDANG menyimpan pelbagai jenis produk kecantikan berbahaya.
PRODUK kecantikan yang sudah dilabel dengan pelbagai jenama. GUDANG menyimpan pelbagai jenis produk kecantikan berbahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia