Harian Metro

‘SAYA BUKAN SIAPA-SIAPA’

- Norizuan Shamsuddin dan Mohd Hanafis Abdul Haris am@hmetro.com.my

„ Pemandu lori dibelasah hingga lembik tidak simpan dendam, serah siasatan pada polis Saya cuba berbincang, namun secara tiba-tiba dipukul bertubi-tubi oleh beberapa lelaki di situ”

Izhar

“Saya tidak berdendam biarpun menahan sakit dan menerima 13 jahitan di leher. Saya serahkan semua pada pihak polis,” kata pemandu lori yang menjadi mangsa belasah beramai-ramai sekumpulan lelaki dipercayai pengawal peribadi kepada individu bergelar Datuk, Sabtu lalu.

Kejadian jam 2.15 petang berhampira­n kondominiu­m di Bukit Antarabang­sa itu menyebabka­n

mangsa Izhar, 25, dipukul hingga lembik oleh empat individu.

Akibatnya mangsa cedera di telinga dan leher hingga menerima 13 jahitan ketika dirawat di sebuah hospital di sini.

Menceritak­an kejadian itu, Izhar berkata, kejadian berlaku sekitar jam 2 petang apabila dia cuba mengeluark­an lori membawa muatan makanan keluar dari kawasan itu.

“Selesai menghantar barang, saya terus ke lori untuk keluar dari tempat parkir. Namun, ketika itu saya tidak menyedari ada sebuah kereta diparkir terlalu hampir dengan lori saya.

“Akibatnya saya terlanggar bahagian hadapan kereta terbabit, sekali gus mencetuska­n kemarahan pemandunya. Saya cuba berbincang, namun secara tiba-tiba dipukul bertubi-tubi oleh beberapa lelaki di situ,” katanya yang masih bujang.

Menurutnya, dia yang parah dibawa rakannya ke hospital berhampira­n bagi mendapat rawatan.

“Walaupun masih takut dengan kejadian itu, saya sebolehnya tidak mahu memanjangk­an isu ini. Biarlah polis melakukan kerja mereka.

“Saya pun bukan siapa-siapa, hanya pemuda yang mencari rezeki dengan memandu lori,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Semalam, video berdurasi 2 minit 49 saat yang memaparkan pergaduhan itu tular apabila ia dimuat naik di laman sosial sejak kelmarin.

 ??  ?? URUTAN gambar menunjukka­n Izhar dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah kondominiu­m di Bukit Antarabang­sa.
3
URUTAN gambar menunjukka­n Izhar dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah kondominiu­m di Bukit Antarabang­sa. 3
 ??  ?? IZHAR menunjukka­n jahitan yang diterima selepas dirawat.
IZHAR menunjukka­n jahitan yang diterima selepas dirawat.
 ??  ?? 5
5
 ??  ?? 4
4
 ??  ?? 1
1
 ??  ?? GAMBAR sedutan video menunjukka­n Izhar terbaring selepas dibelasah.
GAMBAR sedutan video menunjukka­n Izhar terbaring selepas dibelasah.
 ??  ?? 2
2
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia