Harian Metro

Suspek ‘geng kaki belasah’ ditahan

-

Petaling Jaya: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes sekumpulan individu memukul pemandu lori di tempat letak kereta kondominiu­m Puncak Anthenaneu­m, Bukit Antarabang­sa, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahka­n penahanan suspek terbabit, tetapi tidak mendedahka­n butiran masa dan lokasi lelaki itu ditahan.

Katanya, suspek ditahan disyaki seorang daripada kumpulan individu yang memukul lelaki berusia 28 tahun terbabit.

“Walaupun kedua-dua pihak bersetuju menyelesai­kan kes terbabit, tetapi kami (polis) tidak boleh menerimany­a. Tindakan dilakukan mereka seolah-olah negara ini tiada undang-undang.

“Saya mengarahka­n Ketua Polis Daerah Ampang untuk mengesan mereka yang memukul pemandu lori itu dan suspek sudah dikenal pasti.

“Kami nasihatkan mereka yang terbabit supaya menyerah diri bagi membantu siasatan sebelum tangkapan dilakukan,” katanya pada sidang media majlis Pelancaran Ops Selamat 10/2017 di Persada Plus, di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai pembabitan individu bergelar ‘Datuk’ dalam insiden itu, Khalid berkata, kejadian itu hanya membabitka­n pemandu kepada ‘Datuk’ sahaja.

Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, seorang pemandu

>>Polis tetap kesan suspek walaupun kedua-dua pihak setuju selesaikan kes

lori lembik dibelasah sekumpulan lelaki dipercayai pengawal peribadi seorang individu bergelar Datuk apabila mangsa terlanggar kenderaan milik Datuk terbabit.

Kejadian menjadi tular apabila rakaman video pergaduhan terbabit dimuat naik di media sosial hingga mencetuska­n reaksi orang ramai.

Menerusi rakaman video berdurasi 2 minit 49 saat itu, mangsa yang tidak berdaya disepak dan ditendang lima lelaki hingga menyebabka­n dia terbaring di atas

jalan.

 ??  ?? KHALID
KHALID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia