Harian Metro

JIWA MASIH KACAU

- Attirmidzi­e Rahman am@hmetro.com.my

„ Anak pegawai kastam dilanggar tonto tangguh pengajian kerana tak tenteram

Selepas lebih 100 hari pemergian pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan Anisah Ali yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaiki dirempuh tonto, ahli keluargany­a masih berharap kematian wanita itu dibela dengan menghukum pelakunya.

Mereka mahu individu terbabit dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhi hukuman.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis negeri ini menahan tiga lelaki dipercayai tonto daripada sindiket penyeludup Geng Mat Yeh untuk disiasat berhubung kejadian melanggar mati pegawai wanita JKDM cawangan Rantau Panjang pada 7 Oktober tahun lalu.

Ketiga-tiga tonto berusia 20 tahun hingga 51 tahun itu ditahan di tiga lokasi berasingan di Rantau Panjang dan Kota Bharu.

Dalam kejadian itu, Anisah, 54, meninggal dunia selepas koma apabila kenderaan dinaikinya dirempuh pacuan empat roda dipandu tonto ketika mengekori sebuah kenderaan yang disyaki membawa rokok seludup.

Anak mangsa, Afiq Luqman Mohd Baharudin, 23, berkata, sudah lebih 100 hari kejadian itu dan belum ada perkembang­an positif mengenai kes terbabit.

“Hari ini genap 100 hari ibu meninggalk­an kami dan kes terbabit dilaporkan masih lagi dalam siasatan polis dan belum mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Saya reda dengan pemergian ibu dan menyerahka­n siasatan kepada polis. Bagaimanap­un, saya harap biar ada satu jawapan positif mengenai kes terbabit,” katanya, semalam.

Menurut Afiq Luqman, dia terpaksa menangguhk­an pengajian hingga kini kerana masih terganggu dengan pemergian ibunya.

“Bagaimana saya mahu teruskan pengajian jika kes ini masih terbayang dalam fikiran tambahan pula si pelaku masih bebas tanpa apa-apa pembicaraa­n dan hukuman.

“Ibu juga pernah menyaranka­n saya untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang perubatan dan hasrat itu saya mahu tunaikan secepat mungkin tetapi jika kes ini belum selesai, saya terpaksa menangguhk­annya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, kes itu masih dalam siasatan.

“Kami harap ahli keluarga bersabar sehingga siasatan berhubung kes ini selesai,” katanya.

 ??  ?? AFIQ menunjukka­n gambar kenangan bersama ibunya pada majlis konvonya yang lalu.
AFIQ menunjukka­n gambar kenangan bersama ibunya pada majlis konvonya yang lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia