Harian Metro

UPAH 20 SEN JUAL ‘EKOR’

- Hayati Nasrah hmkk@hmetro.com.my

Kanak-kanak diperalat jaja nombor ramalan di jalan raya

Sandakan

Ketika rakan seusia sibuk menyiapkan diri ke sekolah dan mengulang kaji pelajaran, berlainan pula dengan segelintir kanak-kanak di sekitar bandar ini yang diarah menjual nombor ramalan.

Difahamkan, kanak-kanak itu diarah menjual keputusan nombor ramalan oleh majikan mereka pada waktu malam, empat kali seminggu iaitu pada Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad.

Tinjauan Harian Metro mendapati kanak-kanak terbabit berlegar-legar sepanjang jalan raya dan premis berdekatan untuk menjual kertas nombor ramalan pada harga RM50 sehelai.

Setiap kanak-kanak dibekalkan dengan 10 hingga 30 helai kertas nombor ramalan.

Bagi setiap helai kertas nombor ramalan yang dijual, kanak-kanak itu diberi upah 20 sen manakala bakinya diserah kepada majikan.

Kumpulan kanak-kanak ini mula menjual nombor ramalan itu bermula jam 8 malam hingga tengah malam.

Situasi ketika mereka menjual nombor ramalan itu turut menyebabka­n lalu lintas sesak kerana kanak-kanak terbabit berkeliara­n di tengah jalan untuk mendapatka­n pelanggan.

Ia menimbulka­n persoalan mengapa tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa bagi mengatasi masalah ini. Selain itu, masyarakat juga memandang sepi isu terbabit seolah-olah ia bukan masalah mereka.

Penduduk, Marliana Asbab, 29, berkata, tindakan pihak tertentu yang memperalat­kan kanak-kanak untuk menjual nombor ramalan amat tidak beretika.

“Ia juga salah di sisi undang-undang kerana kanak-kanak ini dikerah untuk menjual nombor ramalan.

“Sepatutnya ibu bapa perlu menitikber­atkan

soal keselamata­n dan pendidikan anak mereka khasnya kanak-kanak,” katanya.

Pekerja swasta, Rashidy Ali, 27, berkata, perbuatan terbabit mencemarka­n imej daerah ini, sekali gus menjatuhka­n imejnya di mata masyarakat luar yang berkunjung ke daerah berkenaan.

“Sudah tentu perkara ini amat jelik di mata masyarakat. Mengapa kanak-kanak dijadikan mangsa pihak tidak bertanggun­gjawab ini.

“Pihak berkuasa perlu tampil untuk membasmi kegiatan ini bagi memastikan keselamata­n kanak-kanak itu selain imej daerah ini terpelihar­a,” katanya.

Jaridah Ampin, 30, pula mempersoal­kan ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang dilihatnya sebagai mengabaika­n tanggungja­wab mereka.

“Mungkin kanak-kanak ini diabaikan ibu bapa sehingga mereka terjebak dengan kegiatan ini. Saya sering melihat kumpulan kanak-kanak itu menjual nombor ramalan.

“Saya kasihan mereka kerana pada usia sebegini, mereka sepatutnya belajar di sekolah. Bayangkan, pada usia enam tahun, mereka dibiarkan tanpa pemantauan, sepatutnya ibu bapa perlu memikirkan masa depan anak-anak,” katanya.

 ?? Amdi ?? Saya cemburu melihat mereka mendapat wang mudah dan ambil keputusan untuk turut menjualnya” Ibu bapa saya tahu apa yang saya lakukan dan mereka tidak pernah marah kerana saya dapat membeli makanan yang saya suka hasil upah
Amdi Saya cemburu melihat mereka mendapat wang mudah dan ambil keputusan untuk turut menjualnya” Ibu bapa saya tahu apa yang saya lakukan dan mereka tidak pernah marah kerana saya dapat membeli makanan yang saya suka hasil upah
 ??  ?? Sudah tentu perkara ini amat jelik di mata masyarakat. Mengapa kanak-kanak dijadikan mangsa pihak tidak bertanggun­gjawab ini” Saya kasihan mereka kerana pada usia sebegini, mereka sepatutnya belajar di sekolah. Bayangkan, pada usia enam tahun, mereka...
Sudah tentu perkara ini amat jelik di mata masyarakat. Mengapa kanak-kanak dijadikan mangsa pihak tidak bertanggun­gjawab ini” Saya kasihan mereka kerana pada usia sebegini, mereka sepatutnya belajar di sekolah. Bayangkan, pada usia enam tahun, mereka...
 ??  ?? Sepatutnya ibu bapa perlu menitikber­atkan soal keselamata­n dan pendidikan anak mereka khasnya
kanak-kanak”
Sepatutnya ibu bapa perlu menitikber­atkan soal keselamata­n dan pendidikan anak mereka khasnya kanak-kanak”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia