Harian Metro

Cemburu rakan peroleh wang mudah

-

“Pada awalnya, saya hanya melihat rakan lain menjual nombor ramalan. Pada kebiasaann­ya, upah yang mereka terima digunakan untuk membeli aiskrim dan makanan ringan.

“Saya cemburu melihat mereka mendapat wang mudah dan ambil keputusan untuk turut menjualnya,” kata kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Amdi, 8, yang terbabit dengan penjualan nombor ramalan di sekitar bandar ini.

Amdi berkata, dia mendakwa paling hebat dalam kalangan rakannya kerana nombor ramalan dijual kerap habis.

Dia juga bangga kerana upah diperoleh setiap minggu lebih tinggi berbanding rakan lain. Ia sekali gus menyebabka­n Amdi terus menjual nombor ramalan.

“Saya akan berada di kawasan tertentu untuk menarik perhatian pembeli. Ada kalanya, saya sanggup menjualnya ketika pengunjung makan di restoran berdekatan.

“Ibu bapa saya tahu apa yang saya lakukan dan mereka tidak pernah marah kerana saya dapat membeli makanan yang saya suka hasil upah diterima,” katanya.

Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dikenali sebagai Sari berkata, dia mendapat izin ibu bapa untuk mengambil upah menjual nombor ramalan.

“Ia menyeronok­kan dan saya tidak perlu bimbang soal persekolah­an,” katanya.

Malangnya, Sari buta huruf kerana pendidikan­nya terabai.

“Saya tidak pernah membaca buku atau bersekolah. Ini kerja saya setiap minggu.

“Terdetik juga hati mahu ke sekolah bersama rakan lain namun saya suka begini,” katanya.

Amdi dan Sari antara yang ditahan pada Ops Cegah Jenayah dijalankan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di sekitar bandar ini, bermula jam 7 malam hingga 10 malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, tiga kanak-kanak berusia tiga tahun hingga sembilan tahun ditahan kerana menjual nombor ramalan pada Ops Cegah Jenayah berkenaan.

“Mereka antara 25 individu yang diperiksa. Operasi yang menumpukan penjualan nombor ramalan itu turut membabitka­n bandar Ramai-Ramai, Leila dan

Nam Tung.

“Operasi ini turut disertai dua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dua kanak-kanak itu sudah dirujuk kepada JKM untuk tindakan susulan.

“Orang ramai terutama ibu bapa perlu sentiasa prihatin dan memastikan keselamata­n anak supaya tidak terbabit dengan jenayah serta gejala sosial,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia