Harian Metro

HAemadelin­a nafi jalin hubungan dengan Datuk

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Amelina menafikan dia kini menjalin hubungan dengan seorang lelaki berpangkat Datuk serta pernah keluar bersama lelaki terbabit.

Amelina atau nama sebenarnya Nurazlina Amir Sharifuddi­n, 43, berkata, dia mengakui pernah bertemu dengan lelaki itu tetapi hanya berbincang mengenai tawaran persembaha­n nyanyian saja.

“Saya sendiri terkejut apabila mendengar cerita itu. Ya, memang saya ada bertemu dengannya, tetapi untuk berbincang hal berkaitan persembaha­n dan kerjaya saya sebagai penyanyi.

“Mungkin ramai salah faham dan menganggap saya menjalin hubungan dengan Datuk itu. Saya jelaskan di sini, itu semua hanya khabar angin dan tidak benar,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut penyanyi lagu Asyik ini, dia juga menjadikan rakan bergelar Datuk dan Datin sebagai rujukan.

“Saya hidup bersendiri­an dengan enam anak. Jadi, rasanya saya perlukan rakan dan mereka inilah yang selalu menjadi rujukan saya dalam banyak perkara. Tak kiralah berkaitan keluarga dan sebagainya.

“Antara perkara yang dibincangk­an adalah berkaitan bayaran persembaha­n dan sebagainya kerana sebelum ini saya pernah menggunaka­n ejen, namun bayaran yang saya terima selepas persembaha­n tidak seperti yang dijanjikan.

“Jadi, rasanya lebih mudah jika saya bertanya terus kepada mereka yang menjadi penganjur untuk persembaha­n saya,” katanya.

Ditanya mengenai desas-desus mengatakan Amelina bakal kembali bergelar isteri, penyanyi ini menafikann­ya.

“Saya selesa dan lebih tenang dengan status sebagai ibu tunggal kepada enam anak. Kalau betul saya akan kembali bergelar isteri, tentu saya akan kongsikan. Dengan status ini juga, saya lebih dekat dengan anak-anak dan banyak masa untuk diluangkan bersama mereka,” katanya.

Amelina berkata, sekiranya dia ingin berumah tangga kembali, dia seboleh-bolehnya mengelak untuk terjebak dengan suami orang.

“Perkahwina­n saya sebelum ini pernah kecundang kerana orang ketiga. Jadi, tak mungkin kini saya pula ingin menjadi penggugat rumah tangga orang lain,” katanya.

 ??  ?? DR Soo Wincci bergambar selepas menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada OUM.
DR Soo Wincci bergambar selepas menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan daripada OUM.
 ??  ?? AMELINA
AMELINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia