Harian Metro

Timbalan Ketua Pengarah JAKOA bebas pertuduhan rasuah

-

Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n) Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen, di sini daripada tiga pertuduhan rasuah berhubung projek di JAKOA bernilai RM74,600 tujuh tahun lalu.

Hakim Allaudeen Ismail memutuskan demikian terhadap Nisra Nisran Angit, 42, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie ke atas tertuduh.

Dalam penghakima­nnya, Allaudeen berkata, saksi pendakwaan keenam,

Yusoff Othman memberi keterangan bercanggah yang menyebabka­n kebolehper­cayaan keterangan­nya ditolak mahkamah.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima wang RM34,600 daripada ahli perniagaan iaitu Hamzah Sia melalui akaun bank pihak ketiga milik individu lain, Yusoff Othman yang mana tertuduh mengetahui bahawa syarikat milik dan dalam kawalan Hamzah ada hubungan dengan kerja rasmi tertuduh.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Cawangan

„

Ampang Park, Lot 1.01, Ampang Park Shopping Centre, Jalan Ampang pada 6 Julai 2010.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa mendapat untuk dirinya wang yang masing-masing RM20,000 daripada

Hamzah melalui akaun bank Yusoff, yang mana tertuduh mengetahui bahawa syarikat milik dan dalam kawalan Hamzah ada hubungan dengan kerja rasminya.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Public Mutual Berhad, Blok B, Sri Damansara Business Park, Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara pada 6 Disember 2010 dan 17 Disember 2010.

Bagi semua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mahadi Abdul Jumaat manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan Mohd Daud Ismail.

 ??  ?? NISRA
NISRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia