Harian Metro

‘INGAT ORANG LAIN’

- Wan Asrudi Wan Hasan dan Mohd Hafizee Mohd Arop am@hmetro.com.my

„ TPM sifatkan peminjam PTPTN culas membelakan­gkan kepercayaa­n rakyat

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih berdegil dan enggan membayar balik pinjaman pendidikan mereka boleh disifatkan sebagai membelakan­gkan kepercayaa­n rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembiayaan wang pinjaman PTPTN adalah daripada wang rakyat yang dikumpul daripada pelbagai cukai yang dikutip oleh kerajaan.

Katanya, walaupun ramai dalam kalangan peminjam PTPTN masih gagal menjelaska­n bayaran pinjaman namun kerajaan tetap meneruskan pinjaman itu walaupun ia tidak memberikan sebarang keuntungan kepada perbadanan itu.

“Hutang wajib dibayar walaupun kita faham pendapatan diperoleh harus diagihkan kepada komitmen lain dan penyediaan pembayaran secara sistem fleksibel iaitu ansuran bulanan disediakan PTPTN boleh digunakan peminjam untuk membayar hutang pinjaman itu.

“Bayaran itu sebenarnya bukan kepada PTPTN dan kerajaan tetapi kepada rakyat,” katanya dalam ucapan perasmian Geran Sepadan dan Kempen Jom Menabung bersama Tabung Pendidikan di Dewan Besar Sungai Sumun, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Dalam majlis itu, 2,000 murid di Bagan Datuk menerima deposit akaun SSPN-i sebanyak RM100 dengan jumlah keseluruha­n RM200,000.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, walaupun dari sudut komersial, PTPTN dianggap tidak berdaya maju kerana memiliki hutang lapuk (NPL) yang banyak namun kerajaan tetap menyokong perbadanan itu sebagai instrumen penting memastikan golongan kurang berkemampu­an dapat melanjutka­n pendidikan tinggi.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, murid tahun satu yang membuat simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) tahun ini akan menerima Insentif Khas Geran Sepadan iaitu deposit percuma bernilai RM50.

Katanya, keistimewa­an itu yang berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu khusus untuk murid di sekolah bantuan penuh kerajaan.

 ??  ?? AHMAD Zahid (tengah) bersama penerima sumbangan pembukaan akaun SSPN-i.
AHMAD Zahid (tengah) bersama penerima sumbangan pembukaan akaun SSPN-i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia