Harian Metro

BUKAN JENAYAH

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Anggota polis yang ditemui mati di dalam bengkel senjata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini, kelmarin disahkan meninggal dunia disebabkan kecederaan akibat tembakan yang menembusi jantungnya.

Sarjan Mejar Abu Bakar Pander, 51, yang juga Ketua Cawangan Persenjata­an IPD Seri Alam berdepan kemalangan letusan peluru dari pistol ketika melakukan kerja penyelengg­araan senjata api.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superinten­dan Jokhiri Abd Aziz berkata, hasil bedah siasat pakar perubatan forensik di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, ke atas mayat anggota polis itu mendapati sebab kematian akibat kecederaan tembakan menembusi jantung.

“Bedah siasat sudah dijalankan dan tiada kesan meragukan atau perbuatan jenayah mana-mana pihak terhadapny­a dalam kejadian ini.

“Siasatan polis dalam kejadian ini mengikut kertas siasatan iaitu mati mengejut,” katanya.

Menurut Jokhiri, kejadian berlaku antara jam 6.30 pagi dan 6.50 pagi ketika arwah bertugas seorang diri melakukan penyelengg­araan pistol di Bengkel Senjata, Cawangan Persenjata­an IPD Seri Alam.

“Tiba-tiba dipercayai berlaku kemalangan yang menyebabka­n letusan peluru dari senjata api itu.

“Ia mengenai dada arwah yang menyebabka­nnya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, anggota polis berkenaan ditemui terbaring kaku di atas lantai dalam bengkel senjata itu oleh seorang rakan setugas yang baru tiba untuk memulakan tugas jam 7 pagi.

Katanya, selepas dimaklumka­n mengenai penemuan itu, pasukan perubatan dari HSI dipanggil sebelum mengesahka­n arwah meninggal dunia.

“Arwah berasal dari Negeri Sembilan mempunyai empat anak.

“Beliau berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia selama 30 tahun,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar ditemui maut dalam bengkel senjata IPD Seri Alam.

Dilaporkan, Abu Bakar yang baru bertugas di IPD itu pada 1 Januari lalu ditemui cedera akibat tembakan di dada, rusuk dan pinggang kiri.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.
 ?? Jokhiri Abd Aziz ?? Berlaku kemalangan yang menyebabka­n letusan peluru dari pistol”
Jokhiri Abd Aziz Berlaku kemalangan yang menyebabka­n letusan peluru dari pistol”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia