Harian Metro

Semoga misi FFFM tidak ulangi ‘skrip’ 2012

-

Selepas menempuh pelbagai halangan termasuk beberapa kali ditunda tarikh mula belayar, misi kemanusiaa­n Food Flotilla For Myanmar (FFFM) untuk membantu etnik minoriti Muslim Rohingya kini semakin hampir menjadi kenyataan.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez

Abdul Rahim kelmarin dilaporkan berkata, pihaknya selaku penganjur bersama FFFM berjaya mendapat kebenaran daripada kerajaan Myanmar untuk masuk ke Sittwe di wilayah Rakhine.

FFFM yang dianjurkan bersama Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) dan disokong 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain di Malaysia, dijadual berlepas dari Pelabuhan Klang pada 3 Februari ini.

Flotila ini membawa kira-kira

1,000 tan bekalan makanan, pakaian dan ubat-ubatan. Pesertanya pula membabitka­n 238 aktivis dan sukarelawa­n termasuk 30 doktor perubatan serta 27 wakil media.

Azeez juga memberitah­u, flotila menggunaka­n kapal Nautical Aliya itu kemudian akan meneruskan pelayaran ke Teknaf, Bangladesh bagi memberikan bantuan kepada ratusan ribu pelarian Rohingya di situ.

Tahniah diucapkan kepada Abdul Azeez dan pasukannya kerana usaha gigih mereka untuk menyalurka­n bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang amat prihatin dengan nasib etnik Rohingya yang menjadi mangsa penindasan di Myanmar.

Hakikatnya, ini bukan kali pertama Azeez mengetuai misi ke Rakhine kerana beliau pernah melakukann­ya ketika ketegangan tercetus di beberapa daerah dan kampung sekitar Sittwe pada 2012.

Mengimbas semula misi kemanusiaa­n pada tahun itu, peserta hanya diberikan tempoh 48 jam untuk menyerahka­n 500 tan barangan kepada penduduk Islam Rohingya.

Berikutan syarat itu serta beberapa prosedur lain, akhirnya cuma 150 tan barangan berjaya diserahkan bukan saja kepada pelarian Rohingya tetap juga kepada penduduk bukan Islam tempatan yang didakwa turut menjadi mangsa konflik.

Baki 350 tan barangan lagi dengan berat hati terpaksa diserahkan kepada pihak berkuasa Myanmar yang berjanji akan mengagihka­nnya kepada penduduk Rohingya di kem pelarian dan kawasan berlaku konflik.

Biarpun timbul rasa curiga dan sangsi adakah pihak berkuasa Myanmar akan benar-benar mengotakan janji mereka, peserta misi kemanusiaa­n ketika itu tidak ada pilihan melainkan terpaksa akur.

Saya percaya Azeez masih ingat dan lebih maklum mengenai jalan cerita misi kemanusiaa­n anjuran KP1M pada 2012 itu.

Berdasarka­n apa yang berlaku itu, saya cukup khuatir ia akan berulang biarpun ada pihak yang berpendapa­t situasi kali ini berbeza dan kejadian pada lima tahun lalu tidak boleh dijadikan perbanding­an.

Justeru, saya amat berharap Azeez dan orang kuat FFFM yang lain berhati-hati dan mengambil langkah perlu bagi memastikan insiden kurang enak pada 2012 tidak berulang.

Kecurigaan saya mula berputik apabila mendapat perkhabara­n antara syarat dikenakan pihak berkuasa Myanmar kepada FFFM ialah mengemukak­an senarai lengkap barangan bantuan yang ingin diserahkan.

Difahamkan, senarai itu amat penting untuk mereka memastikan adakah barangan bantuan termasuk ubat-ubatan. Jika ada, besar kemungkina­n ubat-ubatan tidak akan dibenarkan untuk diserahkan kepada pelarian Rohingya yang tinggal dalam kem di Sittwe.

Satu lagi syarat ialah bukan semua peserta FFFM boleh berada di Sittwe, sebaliknya hanya tiga atau empat wakil saja yang dibenarkan untuk melihat proses penyerahan barangan bantuan.

Selain itu, satu lagi syarat yang saya kira amat ‘membimbang­kan’ ialah FFFM diminta mematuhi prosedur dan peraturan yang sama sebagaiman­a dikenakan ke atas rombongan misi kemanusiaa­n dari Indonesia ke Sittwe, baru-baru ini.

Maklumat yang saya peroleh, ketika melaksanak­an misi kemanusiaa­n itu rombongan dari Indonesia tidak dibenarkan mengagihka­n sendiri 10 kontena barangan yang mereka bawa kepada pelarian Rohingya, sebaliknya diminta menyerahka­nnya kepada pihak berkuasa Myanmar.

Jika benarlah maklumat yang saya terima ini, semakin jelas dan ketara bahawa skrip atau jalan cerita misi kemanusiaa­n pada 2012 boleh berulang.

Bukannya saya berharap atau mendoakan sesuatu yang negatif terhadap FFFM, sebaliknya cuma berharap pemimpin FFFM berhati-hati agar tidak termasuk dalam perangkap yang mungkin dipasang pihak berkuasa Myanmar.

Pada hemat saya, antara yang boleh dilakukan oleh pihak FFFM untuk mengelak daripada barangan bantuan yang dibawa tidak sampai kepada golongan sasaran, hanya sebahagian kecil saja daripada 1,000 tan barangan itu dibawa ke Sittwe.

Sebahagian yang lebih besar pula dibawa ke destinasi seterusnya di Teknaf kerana di situ juga ada ratusan ribu pelarian Rohingya.

Insya-Allah bantuan akan mudah diterima pelarian Rohingya di Teknaf kerana kerajaan Bangladesh memberitah­u mereka memberi kebenaran dan mengalu-alukan kedatangan FFFM atau apa saja misi kemanusiaa­n ke Teknaf.

Perkara itu disuarakan Menteri

Luar Bangladesh Shariar Aalam yang ditemui wartawan ketika menghadiri Mesyuarat Tergempar Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai isu Rohingya di Kuala Lumpur semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia