Harian Metro

SKUAD BURU BUAYA

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

„ SFC tubuh unit khas kesan sang bedal di 19 kawasan Zon Nyah Buaya

Kuching

Sifatnya sebagai pemangsa menyebabka­n reptilia ini digeruni kerana libasannya mampu menewaskan haiwan sebesar kerbau.

Kajian dijalankan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) sejak 2012 hingga 2014 mendapati tidak kurang 13,500 buaya katak atau nama saintifikn­ya Crocodylus Porosus mendiami 22 sungai di negeri ini dengan kepadatan populasi tertinggi di Sungai Similajau di Bintulu, Sungai Saribas dan Sungai Samarahan,

Samarahan.

Dianggarka­n, nisbah 5.74 ekor buaya mendiami setiap kilometer di Sungai Similajau, diikuti 2.25 ekor buaya setiap kilometer di Sungai Saribas dan 2.17 ekor buaya bagi Sungai

Samarahan.

Kepadatan populasi buaya di sungai menyebabka­n wujudnya konflik antara sang bedal itu dengan manusia. Serangan demi serangan reptilia ini lazimnya berakhir dengan kematian.

Bagi mengatasi masalah ini, SFC mengkatego­rikan 19 lokasi di sungai negeri ini sebagai Zon Nyah Buaya sejak tahun lalu lagi.

Timbalan Pengurus Besar SFC Oswald Braken Tisen berkata, buaya yang ditemui di Zon Nyah Buaya akan diasingkan dan dikeluarka­n daripada kawasan itu kerana dipercayai boleh mendatangk­an bahaya kepada

penduduk setempat serta harta benda mereka.

Menurutnya, kawasan perairan yang dikenal pasti sebagai Zon Nyah Buaya merangkumi kawasan memiliki kependuduk­an tinggi, rekreasi atau resort peranginan yang menawarkan aktiviti air, tebingan sungai, sekolah, klinik, kawasan ibadat dan kawasan lain atas permintaan orang awam yang dipertimba­ngkan sewajarnya.

“Zon Nyah Buaya diberi keutamaan dalam pemantauan kehadiran buaya yang berbahaya. SFC atau agensi berkaitan akan bertindak secepat mungkin menangkap dan mengeluark­an buaya sekiranya ada kelihatan atau laporan mengenai buaya di Zon Nyah Buaya,” katanya.

Menurut Oswald, melalui prosedur berkenaan, kemungkina­n atau kebarangka­lian serangan buaya dapat dielakkan atau dikurangka­n.

“Kebimbanga­n penduduk yang tinggal di sekitar zon itu dapat dikurangka­n dengan kewujudan polisi ini. Sekiranya berlaku kematian di sesebuah kawasan sungai, buaya yang berjaya ditangkap akan dibelah perutnya untuk mengenal pasti sama ada kematian akibat buaya itu,” katanya. Oswald menjelaska­n sebanyak 19 lokasi yang dikenal pasti sebagai Zon Nyah Buaya ini ialah tujuh di Bahagian Kuching, enam kawasan di Mira, dua di Limbang

dan masing-masing satu kawasan di Bahagian Sri Aman, Sarikei, Sibu dan Bintulu.

Katanya, di bandar raya Kuching, ia bermula dari Jambatan Satok hingga ke Baraj Sungai Sarawak, Pasir Panjang ke Pasir Pandak dan Resort Peranginan Damai, di Santubong.

“Selain itu, kawasan Telok Asam, Teluk Lakei, Telok Tajor dan Telok Bako Kecil di Taman Negara Bako serta Kampung Bako turut disenaraik­an dalam zon itu.

“Di Bau, kawasan rekreasi di Rizab Semulajadi Gua Angin turut diklasifik­asikan sebagai Zon Nyah Buaya dan Pantai Siar dan Pantai Pandan, Lundu,” katanya.

Oswald berkata, di Miri pula ialah membabitka­n kawasan Miri Marina hingga ke Jambatan

Piasau, Pekan

Batu Niah,

Pekan Supupok, Tebingan Sungai Bekenu hingga Kampung Dagang, Esplanade Marudi dan Tebingan Sungai Long Lama.

“Di Bahagian Limbang, ia membabitka­n Tebingan Sungai Limbang dan Tebingan Sungai Lawas, diikuti masing-masing satu kawasan di Tebingan Sungai Sri Aman, Tebingan Sungai Sarikei, Tebingan Sungai Sibu dan Tebingan Sungai Bintulu,” katanya.

Mengulas lanjut, Oswald berkata, SFC menubuhkan satu unit khas iaitu Swift Wildlife Action Team (SWAT) bagi menjalanka­n Operasi Nyah Buaya sebaik menerima aduan dan maklumat mengenai kehadiran reptilia ganas itu di kawasan mereka.

Menurutnya, sejak penubuhan pasukan itu, sebanyak 23 buaya berjaya ditangkap dalam Operasi Nyah Buaya yang dijalankan di beberapa sungai di negeri ini bermula Januari hingga Disember tahun lalu.

“Daripada 23 buaya yang berjaya ditangkap, 15 ekor mati selepas ditangkap manakala lapan dipindahka­n ke Pusat Pemulihan Hidupan Liar Matang dan Taman

Buaya di Bekenu, Miri bagi kes di utara negeri.

“Biasanya, operasi dijalankan untuk tempoh antara tiga hari hingga seminggu bergantung kepada penemuan pasukan SWAT,” katanya.

Mengenai operasi menangkap buaya itu, Oswald berkata, pasukan SWAT akan mengumpan haiwan berkenaan dan peralatan biasa yang digunakan ialah bangkai ayam

yang dipasang pada mata kail.

“SFC akan membelah perut buaya untuk mencari bahan bukti bagi kes serangan buaya yang membabitka­n kematian. Kami pernah menemui gumpalan rambut dan tulang dalam perut sang bedal yang ditangkap di lokasi serangan buaya bagi kes membabitka­n kematian,” katanya.

Oswald berkata, SFC ketika ini mengambil beberapa inisiatif meningkatk­an pemahaman dalam kalangan penduduk tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai kewujudan Zon Nyah Buaya itu.

Menurut beliau, antaranya ialah program 3M iaitu mengenali, memahami dan memulihara serta sesi dialog bersama komuniti yang dianjurkan untuk berkongsi maklumat terutamany­a mengenai hubung kait antara manusia dan buaya.

“Program 3M dan sesi dialog ini diadakan khusus untuk masyarakat yang tinggal dalam lingkungan habitat buaya. Selain itu, SFC menggunaka­n media cetak dan elektronik untuk menyalurka­n maklumat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK menunjukka­n buaya yang ditangkap di Sungai Nakat.
PENDUDUK menunjukka­n buaya yang ditangkap di Sungai Nakat.
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA SWAT SFC meletakkan mata kail yang dipasang umpan bangkai ayam untuk menangkap buaya di sungai Samarahan.
ANGGOTA SWAT SFC meletakkan mata kail yang dipasang umpan bangkai ayam untuk menangkap buaya di sungai Samarahan.
 ??  ?? Esok: Buru buaya
dengan permit
Esok: Buru buaya dengan permit
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia