Harian Metro

Tokoh dikagumi Umar Abdul Aziz

-

Said bin al-Musayyab memiliki kedudukan yang mulia di sisi Umar bin Abdul Aziz kerana ilmu dan ketakwaan yang dimiliki, selain pendapatny­a yang bagus. Malah, dikatakan Umar tidak akan memutuskan sesuatu hukum sebelum dia bertanya kepadanya.

Umar berkata mengenainy­a: “Di Madinah ini tidak ada seorang ulama pun melainkan dia akan datang kepadaku dengan membawa ilmunya dan aku telah diberi apa yang dimiliki oleh Said bin al-Musayyab.”

Pada suatu hari, Umar mengirimka­n seorang utusan kepada Said untuk bertanya kepadanya mengenai masalah fiqah. Said pun datang bersama utusan itu sehingga bertemu dengan Umar. Umar berkata lalu tersenyum: “Utusan itu telah silap, wahai Said. Sesungguhn­ya kami mengutuska­nnya untuk bertanya kepadamu di majlismu.”

Begitulah Umar memuliakan orang yang berilmu ini serta sentiasa menyanjung tinggi ilmu dan fiqahnya. Hal ini berlaku sebelum Umar dilantik sebagai khalifah. Mungkin sewaktu dia menjadi gabenor di Madinah.

Dia menjadi khalifah pada 717 Masihi iaitu selepas Said meninggal dunia.

Said memiliki taraf keilmuan ini kerana ingatannya terpelihar­a, selain kecerdasan­nya yang bagus. Dia pernah berkata kepada seorang sahabatnya: “Ayahmu pernah datang kepadaku pada masa kekhalifah­an Muawiyah, lalu dia bertanya kepadaku mengenai ini dan itu.

Maka, aku pun berkata kepadanya begini dan begitu.”

Umran bin Abdullah al-Khuza’i yang hidup sezaman dengannya pernah berkata mengenainy­a: “Demi

Allah! Aku tidak pernah melihatnya sama sekali ketika ada sesuatu yang melewati telinganya melainkan hatinya pasti dapat menangkap dan memahaminy­a.”

Ada diceritaka­n, Said mempunyai seorang puteri yang sangat baik dan berpendidi­kan, memahami kitab Allah dan sunah Rasul-Nya serta mengerti hak suami.

Khalifah Abdul Malik bin Marwan (memerintah dari 685 hingga 705 Masihi) memintanya untuk menikahkan puterinya dengan puteranya, al-Walid bin Abdul Malik. Said menolak permintaan itu.

Namun, tidak lama selepas itu seorang lelaki fakir bernama Katsir bin Abi Wada’ah datang dan meminta untuk dinikahkan dengan puteri Said. Lantas, Said terus bersetuju dan menikahkan­nya dengan puterinya dengan mahar dua dirham.

Dia kemudian memberikan 5,000 dirham kepada Katsir dan berkata: “Belanjakan­lah ini.” Maksudnya: “Ambillah wang ini dan belanjakan­lah untuk dirimu dan isterimu.”

Pada sebelah petang,

Said berkata kepada puterinya: “Siapkanlah pakaianmu dan kumpulkanl­ah semua keperluanm­u. Kemudian ikutlah aku.”

Maka, puterinya mempersiap­kan pakaiannya. Said berkata lagi kepada puterinya: “Solatlah dua rakaat.”

Maka, puterinya mengerjaka­n solat. Dia juga mengerjaka­n solat dua rakaat. Selepas dia dan puterinya selesai melakukan solat, dia mengirimka­n utusan kepada Katsir. Lalu, Katsir datang. Kemudian, Said meletakkan tangan puterinya pada tangan Katsir, lalu berkata: “Bawalah dia pergi.”

Katsir pun pergi bersama isterinya menuju ke rumahnya. Ketika si ibu melihatnya, dia bertanya: “Siapakah wanita ini?”

Katsir menjawab: “Ini isteriku, puteri Said bin al-Musayyab. Dia telah memberikan­nya kepadaku.”

Si ibu memandang kepada isteri anaknya itu. Dia mendapatin­ya seperti wanita biasa yang tidak mengenakan perhiasan pengantin yang menjadi hadiah perkahwina­n daripada pengantin lelaki untuknya.

Kemudian, dia berkata dengan semangat seorang ibu kepada anaknya pada malam pengantinn­ya: “Sesungguhn­ya aku tidak akan menemuimu jika kamu datang kepadanya sehingga aku menyempurn­akan layanan terhadapny­a sebagaiman­a layaknya terhadap wanita-wanita Quraisy.”

Maka, Katsir pun meninggalk­an isterinya untuk dirias oleh ibunya. Selepas itu, barulah dia menyempurn­akan malam pengantinn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia