Harian Metro

TIPU POLIS

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Bekas pemain sepak takraw kebangsaan buat laporan palsu dijel sehari, denda RM1,000

Bekas pemain sepak takraw kebangsaan bersama empat lagi individu termasuk dua wanita, dipenjara sehari dan diarah membayar denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, atas kesalahan membuat laporan polis palsu.

Tertuduh, Mohd Firdaus Abd Ghani, 39, didakwa membuat laporan palsu disamun dan diragut.

Dia yang juga anggota skuad sepak takraw dan pernah memenangi pingat perak acara berpasukan temasya Sukan Sea 2001 di Kuala Lumpur membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh, selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curang membuat laporan palsu disamun jam 1.30 pagi pada 30 Disember 2016, di Balai Polis Tanjung Minyak, di sini.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan kerana tidak lagi bekerja selain menanggung dua anak termasuk paling kecil berusia tujuh tahun.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban mencadangk­an hukuman setimpal sebagai pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tapi orang awam kerana tindakanny­a menyusahka­n penjawat awam menjalanka­n siasatan ke atas laporan samun yang tidak wujud.

“Terlalu banyak kes sebegini berlaku di Melaka, seolah-olah masyarakat tidak takut akibat yang menanti mereka yang membuat laporan palsu,” kata Shazreen, ketika berhujah.

Selain Mohd Firdaus, dua wanita Siti Nor Adilah Abdul Rauff, 23, dari Muar, Johor, dan Goh Siew Chin, 45, dari Ampang, Selangor, turut dijatuhi hukuman sama.

Siti Nor Adilah didakwa memberi maklumat palsu berhubung kejadian ragut membabitka­n kerugian wang tunai RM100 dengan niat penjawat awam menggunaka­n kuasa sah di sisi undang-undang bagi mendatangk­an bencana dan kegusaran kepada orang lain, pada jam 2.30 petang, 15 Disember lalu di Balai Polis Tengkera, dan didakwa mengikut seksyen sama.

Goh pula, didakwa melakukan kesalahan membuat laporan polis palsu mengenai kejadian ragut membabitka­n wang tunai RM480, jam 5 petang, pada 1 Januari lalu di Pejabat Pegawai Penyiasat, IPD Melaka Tengah di sini.

Justeru, Majistret Mohd Firdaus memerintah­kan ketiga-tiga mereka dipenjara sehari dari tarikh jatuh hukum dan didenda RM1,000.

Dalam pada itu, di mahkamah berasingan, dua lelaki termasuk seorang pelajar kolej swasta diarah membayar denda RM1,000, jika gagal bayar boleh dipenjara sebulan, oleh Majistret Norina Maludin.

KM Serivan, 22, dari Paya Rumput, di sini, didakwa memberi maklumat palsu pada jam 3 petang pada 29 Disember lalu di Jabatan Siasatan Jenayah IPD Melaka Tengah, di sini, manakala Shazuwan Husin, 21, dari Kandang, di sini, didakwa membuat laporan palsu mengenai kejadian ragut RM50, jam 11.45 malam pada 12 Disember 2016, di Balai Polis Kandang, di sini.

 ?? MUHAMMAD ZUAHIRI ZUBER ?? MOHD Firdaus (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, semalam.
MUHAMMAD ZUAHIRI ZUBER MOHD Firdaus (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia