Harian Metro

Tak sempat bersalin di HTAA

-

Seorang wanita yang sepatutnya diterbangk­an menggunaka­n helikopter untuk melahirkan anak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, selamat bersalin di sebuah klinik kesihatan di Pulau Tioman di sini, semalam.

Khairunnis­a Masri, 24, selamat melahirkan bayi perempuan di Klinik Kesihatan Tekek biarpun sebelum itu dia dijadualka­n bersalin di HTAA.

Dalam kejadian jam 10 pagi, Khairunnis­a bersama beberapa ahli keluargany­a menunggu helikopter Agusta AW139 Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) selepas pihak Klinik Kesihatan Tekek menghubung­i agensi itu untuk melakukan penerbanga­n ihsan membawanya ke HTAA.

Bagaimanap­un, helikopter yang berlepas dari Stesen Udara Maritim Subang, Selangor tidak sempat membawa Khairunnis­a ke hospital apabila dia mengalami kontraksi untuk bersalin.

Menurut Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Tekek Dr Jamil Aizuddin berkata, dia bersama beberapa jururawat segera membawa wanita itu ke bilik rawatan. Tiga pengarah syarikat pembinaan masing-masing didenda RM13,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan mencuri air, dua tahun lalu.

Foo Siang Teng, 40, Yeow Soon Chye, 53, dan Lee Sin Kee, 55, yang dinamakan sebagai Orang Kena Saman (OKS) didapati melakukan kesalahan dengan membuat penyambung­an bekalan air menyalahi undang-undang pada 26 Januari 2015 di tapak pembinaan sebuah stor sementara di Lot 733, Jalan Kuantan-Pekan, Batu 17, Penor, di sini.

Hakim Datuk Unaizah Mohd menjatuhka­n hukuman itu mengikut Seksyen 123(1) Akta

Industri Perkhidmat­an Air. Jika sabit kesalahan boleh

 ??  ?? DARI kiri, Foo, Yeow dan Lee di luar mahkamah, semalam.
DARI kiri, Foo, Yeow dan Lee di luar mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia