Harian Metro

BUAH TIGA RASA

-

buah-buahan berbeza iaitu laici, rambutan dan durian.

Ini kerana buah yang dipanggil matoa sudah ditanam di negara ini oleh seorang aktivis alam sekitar bersama rakan kongsinya di sebuah ladang di Kelana Jaya, Selangor dan tanah rizab kerajaan di Taman Melawati, di sini, sejak setahun lalu.

Abdul Shariff Walat berkata, buah matoa asing di Malaysia kerana ia berasal dari Papua New Guinea, tetapi cukup popular di Indonesia.

“Buah ini berbentuk bulat, berwarna kekuningan pada bahagian kulitnya dan bertukar kepada coklat jika disimpan dalam tempoh lama selepas dipetik.

“Manakala isinya berwarna kuning cair dan rasanya lemak manis gabungan tiga jenis buah-buahan terbabit (laici, rambutan dan durian),” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, kandungan 11 khasiat buah itu sangat baik untuk kesihatan mendorongn­ya bersama rakan memperkena­lkannya di Malaysia dengan menanam pokok terbabit.

“Kajian juga dilakukan ke atas buah ini kerana ada laporan mengenainy­a yang dipercayai bersifat antikanser,” katanya.

Menurutnya, rupa bentuk pokok itu seperti pokok longan yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18

Matoa lemak manis dibawa masuk dari Indonesia mula dikomersia­lkan di Malaysia

meter bagi pokok dewasa.

“Setiap pokok boleh mengeluark­an hasilnya selepas tiga tahun ditanam,” katanya.

Menurutnya, kini dia bersama beberapa rakan dalam perancanga­n menanam pokok buah matoa dalam skala yang lebih besar di Selangor Fruits Valley, Subang Bestari, tahun ini.

“Kami bercadang mengkomers­ialkan tanaman itu supaya harga buah ini dapat distabilka­n. Kini, harga buah Matoa sangat tinggi mampu mencecah RM60 sekilogram kerana bekalannya diperoleh dari Indonesia.

“Jika tanaman ini sudah mengeluark­an hasil, mungkin harganya boleh dikurangka­n sedikit supaya lebih ramai mampu membelinya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia