Harian Metro

TAK PERLU PERGI BALAI

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Pengguna jalan raya yang terbabit kemalangan kecil tanpa sebarang kecederaan tidak perlu bersusah payah mencari balai polis berikutan laporan polis boleh dibuat di lokasi kejadian.

Ini susulan penubuhan Unit Penyiasat Lebuhraya yang mula beroperasi bagi menjalanka­n siasatan segera di lokasi kemalangan bermula hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kaedah itu akan digunakan sempena Op Selamat 10/2017 yang dilaksanak­an dua minggu hingga 5 Februari depan.

Katanya, projek perintis akan dilakukan di Lebuhraya Utara-Selatan membabitka­n laluan dari Tol Sungai Besi ke Tol Seremban, Negeri Sembilan.

“Bagi kaedah ini, Unit Penyiasat Lebuhraya akan ditempatka­n di laluan terbabit dan pegawai penyiasat akan pergi ke lokasi sekiranya ada aduan kemalangan.

“Pegawai penyiasat akan memasukkan butiran laporan secara dalam talian bagi kemalangan kecil tidak membabitka­n kecederaan dan pengguna jalan raya akan menerima salinan laporan segera di lokasi serta tidak perlu membuang masa ke balai polis,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Op Selamat 10/2017 di Persada Plus, di sini, semalam.

Mengulas mengenai operasi sempena perayaan Tahun Baru Cina, Khalid berkata, pihaknya akan menumpukan pelaksanaa­n penguatkua­saan bagi mengurangk­an jumlah kemalangan.

“Walaupun jumlah kemalangan maut tahun lalu menurun berbanding sebelumnya, namun jumlah mangsa

„ Unit Penyiasat Lebuhraya siasat kemalangan

kecil di lokasi nahas bermula hari ini

maut mencatatka­n peningkata­n 1,076 individu iaitu daripada 6,076 mangsa pada tahun 2015 kepada 7,152 mangsa pada tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, 60 peratus membabitka­n penunggang motosikal dan hasil analisis yang kami lakukan mendapati kebanyakan mereka (terbabit dalam kemalangan) tidak mematuhi peraturan jalan raya.

“Menerusi Op Selamat kali ini, polis tempatkan 13 pemerhati ‘respons team’ di sepanjang Lebuhraya Utara, Selatan dan Timur selain mewujudkan satu pasukan khas bagi meningkatk­an penguatkua­saan,” katanya.

 ??  ?? KHALID (tengah) dan Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail (empat dari kiri) bersama wakil agensi pada pelancaran Op Selamat 10/2017 Tahun Baru Cina, semalam.
KHALID (tengah) dan Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail (empat dari kiri) bersama wakil agensi pada pelancaran Op Selamat 10/2017 Tahun Baru Cina, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia