Harian Metro

KIKI PENYELAMAT KAMI

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

„ Wanita cacat mata kanan dapat ilham cari rezeki lukis potret kucing kesayangan

“Kiki menjadi penyelamat kami empat tahun lalu dan saya mengambil keputusan meneruskan kerjaya sebagai pelukis potret kucing,” kata orang kurang upaya (OKU) penglihata­n, Noor Baiti Razali, 35, semalam.

Noor Baiti yang mengalami kecacatan penglihata­n mata kanan akibat kencing manis berkata, potret kucing kesayangan­nya itu hasil pertamanya empat tahun lalu bertujuan mencari dana bagi menampung kos perubatan untuk suaminya, Md Norazwari Md Yusof, 34, yang diserang angin ahmar.

Menurutnya, lukisan dimuat naik menerusi Instagram mencuri tumpuan pemilik dan penggemar kucing.

Katanya, hasil jualan diperoleh iaitu RM1,000 digunakan bagi membiayai kos perubatan suaminya yang juga bekas pekerja swasta.

“Suami diserang angin ahmar hingga berhenti kerja pada 2013 dan dia disahkan mengalami kecacatan fizikal.

“Ketika itu, kami hilang punca pendapatan hingga berdepan pelbagai kesulitan.

“Tanpa diduga, Allah memberi saya ilham melukis gambar potret kucing kesayangan dan saya tidak menafikan lukisan itu menarik kerana imej Kiki berbulu hitam putih dan seperti bermisai,” katanya yang belum dikurniaka­n cahaya mata.

Noor Baiti berkata, ada pengguna Instagram bernama Mary Erwin dari Kanada bukan saja sanggup membeli lukisannya, malah memberi semangat kepadanya untuk meneruskan kerjaya itu.

“Oleh itu, saya mula mempromosi­kan kegiatan ini di Facebook.

“Hingga kini, saya berjaya menerima tempahan bagi menyiapkan lebih 100 potret kucing daripada pemilik kucing tempatan mahu pun antarabang­sa,” katanya.

Noor Baiti berkata, sambutan menggalakk­an itu mendorongn­ya menggalakk­an suami menceburi kerjaya sebagai pelukis abstrak.

Menurutnya, ia membolehka­n suaminya yang pulih

hampir 80 peratus daripada angin ahmar untuk kembali menjana pendapatan bagi keluarga.

“Saya yakin kesusahan menimpa kami sebelum ini ada hikmahnya kerana ia membolehka­n kami mengenali bakat terpendam.

“Sebelum ini saya tidak pernah belajar secara mendalam berkaitan seni lukisan. Siapa sangka kini saya dan suami mampu menjana pendapatan lebih RM500 sebulan dengan menjual hasil lukisan kami,” katanya.

Noor Baiti berkata, dia kini menghasilk­an lukisan bercorak abstrak, kucing dan bunga-bungaan pada tudung kosong untuk dipasarkan.

Menurutnya, buat masa ini, dia menjadikan kediaman arwah mentuanya di Jalan Delima, Taman Kota Jaya, di sini, sebagai bengkel melakukan kerja seni itu.

“Saya bersyukur kerana sebahagian hasil jualan lukisan dan tudung kami disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan termasuk berkaitan autisme.

“Buat masa ini, setiap potret dijual dengan harga serendah RM80 hingga RM200.

“Diharap perjalanan kehidupan kami dipermudah­kan dan kami juga ingin menjadi inspirasi kepada pasangan OKU lain supaya tidak mudah berputus asa dengan dugaan dialami,” katanya.

 ??  ?? NOOR Baiti dan Md Norazwari menunjukka­n potret yang disiapkan.
NOOR Baiti bersama kucing kesayangan­nya.
NOOR Baiti dan Md Norazwari menunjukka­n potret yang disiapkan. NOOR Baiti bersama kucing kesayangan­nya.
 ??  ?? NOOR Baiti memulakan lakaran sambil diperhatik­an Md Norazwari.
NOOR Baiti memulakan lakaran sambil diperhatik­an Md Norazwari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia