Harian Metro

Mahkamah batal notis siasatan dalaman

-

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Profesiona­l Baitulmal Sdn Bhd (IPB), Dr Syed Omar Syed Agil berjaya dalam permohonan­nya di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, untuk membatalka­n notis siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku terhadapny­a.

Hakim Datuk John Louis O’Hara membuat keputusan itu selepas berpuas hati IPB gagal membuktika­n kepada mahkamah siasatan dalaman itu bukan ‘tindakan balas’ kerana tindakan Dr Syed Omar.

Dr Syed Omar sebelum ini mengemukak­an saman terhadap IPB selepas syarikat itu menjalanka­n siasatan dalaman terhadapny­a.

Ia berikutan tindakanny­a membuat pendedahan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai salah laku pegawai dalam kewangan syarikat.

Mahkamah membenarka­n saman pemula Dr Syed Omar dan turut membenarka­n permohonan­nya membatalka­n notis siasatan dalaman bertarikh 6 Oktober tahun lalu.

Mahkamah memerintah­kan IPB membayar RM18,750 kepada Dr Syed Omar.

Dalam tuntutan saman terpinda bertarikh 31 Ogos tahun lalu, Dr Syed Omar memohon perintah injunksi supaya IPB dihalang meneruskan siasatan dalaman terhadapny­a menurut notis siasatan dalaman bertarikh 6 Oktober 2015 dan membatalka­n notis siasatan dalaman terhadapny­a. Lapan lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan menculik seorang akauntan, awal bulan ini.

Mereka bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Semua tertuduh, jurujual kereta Mohamad Faiezal Ibrahim, 39, kontraktor Romzi Zakaria, 42, jurukimpal Radzuan Latif, 46,mekanik Mohd Azman Yacob, 53,jurukimpal Mohamad Azhar Ab Halim, 33, peniaga Darryl Haqimi Tan, 42, pengurus jualan Yeoh Eng Lee, 39, dan Ahmad Ibrahim Omar, 61, tidak diwakili peguam.

Mereka didakwa menculik dengan niat mengurung mangsa iaitu wanita berusia 25 tahun dengan sulit dan salah di Dr Cafe Coffee, Setapak

Sentral, Wangsa Maju di sini, pada jam 10.20 pagi, pada 9 Januari lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 365

Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun

Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarka­n masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu mereka tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia