Harian Metro

JAGA KEDAULATAN

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor am@hmetro.com.my

„ TLDM tumpu kawal Laut China Selatan

tangani ancaman baru

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memberi lebih tumpuan terhadap keselamata­n di perairan Laut China Selatan bagi menangani sebarang ancaman baharu.

Timbalan Panglima TLDM Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan berkata, terdapat lima negara turut menempatka­n aset ketenteraa­n di perairan itu untuk menuntut kepentinga­n Laut China Selatan.

“Armada TLDM yang kini dipecahkan kepada dua iaitu pemerintah­an Armada Barat dan Armada Timur adalah antara langkah bagi memberi tumpuan yang tinggi kepada keselamata­n perairan. Ia juga bagi menghadapi ancaman geopolitik,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf Perancanga­n Pembanguna­n dan Asisten Ketua Staf Operasi dan Eksesais di KD Sri Gombak di sini, semalam.

Beliau berkata, TLDM juga akan menambah penempatan aset di Laut China Selatan bagi tujuan sama dalam masa terdekat.

Pada Isnin lalu Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin mengumumka­n pemecahan itu berdasarka­n perspektif Malaysia sebagai negara maritim yang memiliki banyak sumber dan kepentinga­n seperti gas asli dan minyak yang perlu dijaga.

Katanya, kerajaan s meluluskan melalui Majlis Angkatan Tentera (MAT) supaya armada TLDM dipecahkan kepada dua pemerintah­an di Lumut, Perak dan di Kota Kinabalu, Sabah.

Terdahulu, Anuwi menyaksika­n serah terima tugas bagi jawatan Asisten Ketua Staf Perancanga­n Pembanguna­n antara Laksamana Madya Datuk Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman dan Laksamana Pertama Shamsuddin Ludin.

Majlis itu turut menyaksika­n serah terima tugas bagi jawatan Asisten Ketua Staf Operasi dan Eksesais antara Laksamana Muda Datuk Fadzilah Mohd Salleh dan Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar Yahya.

Khairul Anuar sebelum ini adalah Panglima Wilayah Laut 2 menggantik­an Fadzilah yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Hidrografi.

 ??  ??
 ?? Anuwi Hassan ?? ANUWI (tengah) pada Majlis Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf Perancanga­n Pembanguna­n dan Asisten Ketua Staf Operasi dan Eksesais. TLDM juga akan menambah penempatan aset di Laut China Selatan bagi tujuan sama dalam masa terdekat”
Anuwi Hassan ANUWI (tengah) pada Majlis Serah Terima Tugas Asisten Ketua Staf Perancanga­n Pembanguna­n dan Asisten Ketua Staf Operasi dan Eksesais. TLDM juga akan menambah penempatan aset di Laut China Selatan bagi tujuan sama dalam masa terdekat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia