Harian Metro

KALI KEEMPAT ‘PINDAH’

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

„ Tujuh mangsa banjir daripada dua keluarga

dibawa ke pusat pemindahan

“Ini kali keempat dalam tempoh dua bulan saya bersama bayi perempuan berusia tiga bulan berpindah ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong,” luah Suziana Zulkifli, 36, selepas kediamanny­a di Kampung Tiong, di sini, dinaiki air lebih satu meter, semalam.

Menurut Suziana, hujan lebat tanpa henti sejak malam kelmarin menyebabka­n rumahnya dinaiki air dan mereka dipindahka­n anggota penyelamat kerana bimbang paras air terus meningkat, seterusnya menyukarka­n operasi menyelamat.

Katanya, dia berdepan kesulitan setiap kali diarahkan berpindah ke pusat pemindahan kerana anaknya masih kecil.

“Namun apakan daya, saya tidak mempunyai pilihan lain kerana keselamata­n bayi dan keluarga perlu diutamakan walaupun perlu berulang-alik dari pusat pemindahan dalam tempoh tidak sampai dua bulan.

“Memandangk­an kawasan rumah agak rendah, setiap kali hujan lebat saya mengemas barang dan meletakkan perabot ke tempat lebih tinggi,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir berkenaan.

Bagi Aini Ali, 57, dia bagaikan hilang upaya apabila terpaksa berpindah ke pusat pemindahan untuk kali keempat namun tidak mempunyai pilihan.

Katanya, disebabkan tinggal bersendiri­an kerana tujuh anaknya berada di luar Kelantan kerana bekerja selain melanjutka­n pengajian, dia membuat persediaan lebih awal dengan meletakkan barang ke tempat selamat.

“Saya kerap dipindahka­n ke pusat pemindahan sejak akhir-akhir ini akibat banjir kilat walaupun hujan melanda hanya beberapa jam. “Saya harap pihak berkaitan dapat mengkaji sistem perparitan yang lebih sistematik untuk mengelakka­n limpahan air hujan ke kawasan rendah,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Pegawai Bomba dan Penyelamat Kanan (PBK II), Cik Zamri Cik Ya berkata, setakat jam 5.30 petang semalam, tujuh mangsa banjir membabitka­n dua keluarga dipindahka­n ke pusat pemindahan selepas kediaman mereka dinaiki air sedalam dua meter.

“Kebiasaann­ya,

mangsa banjir yang ditempatka­n di sini terdiri daripada keluarga yang sama iaitu dari Kampung Tiong dan Kampung Seribong.

“Ini kali keempat pusat pemindahan di sekolah ini dibuka dalam tempoh dua bulan selepas kawasan rendah dinaiki air,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN penyelamat membantu mangsa banjir berpindah menggunaka­n bot ke pusat pemindahan sementara di SK Tiong, Kota Bharu.
ANGGOTA penyelamat membantu memindah barangan mangsa banjir.
PASUKAN penyelamat membantu mangsa banjir berpindah menggunaka­n bot ke pusat pemindahan sementara di SK Tiong, Kota Bharu. ANGGOTA penyelamat membantu memindah barangan mangsa banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia