Harian Metro

CUCUR UDANG 2 BERADIK

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Melihat dua beradik perempuan yang bukan saja memiliki paras ayu, malah cekap menggoreng cucur udang di sebuah gerai di tepi jalan Kuala Nerang, Kampung Pancor, berhampira­n Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, di sini, pasti mengundang perhatian ramai.

Tidak ramai gadis sanggup berpanas dengan api dapur untuk memasak, namun berbeza dengan Nur Ayu Md Yusof, 25, dan adiknya, Nur Aida, 20, yang turut digelar pasangan kembar apabila kerap memakai pakaian sama setiap kali berniaga cucur udang di gerai milik ibu mereka, Nadhliah Ibrahim, 60.

Mula membantu perniagaan itu sejak tiga tahun lalu, mereka mencari kelainan apabila memperkena­lkan menu cucur udang dua beradik.

Lebih membanggak­an apabila kerangupan cucur udang dengan kuah kacang resipi ibu mereka menjadi buah mulut hingga mendapat tempahan dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Nur Ayu berkata, selepas tamat persekolah­an, dia dan adiknya tidak menyambung pelajaran ke mana-mana sebaliknya hanya membantu ibu nekad mengembang­kan perniagaan itu.

Menurutnya, mereka mempelajar­i teknik membuat cucur udang dan menggoreng yang mengambil masa seminggu sebelum lahirnya idea menjual cucur udang dua beradik.

“Dulu cucur udang kami dijual di gerai makan ini saja, namun kini ia sudah meluas sehingga mendapat tempahan di merata tempat sekitar negeri ini untuk majlis perkahwina­n, kenduri kesyukuran dan berkhatan.

“Lebih menggembir­akan cucur udang dua beradik ini bukan saja digemari orang Melayu, malah turut mendapat tempahan kaum lain yang memuji kesedapann­ya,” katanya.

Menurut Nur Ayu, mereka pernah menjual 20 kilogram cucur udang yang habis dalam tempoh dua jam saja.

“Pada hari biasa kami menjual 10 kilogram cucur udang di gerai kami ini bermula dari jam 12 tengah hari hingga 7 malam.

“Pelanggan tetap kami yang menghebahk­an kepada orang lain sehingga mendapat tempahan luar dari kawasan ini.

“Selain cucur udang, gerai kami menjual makanan bergoreng, ayam goreng dan burger, namun cucur udang dua beradik memang menu istimewa, di sini,” katanya. Kata Nur Ayu, dia dan adiknya sering berpakaian sama menyebabka­n mereka digelar pasangan kembar sebagai strategi perniagaan.

“Saya tidak sangka cucur udang dua beradik mendapat perhatian di hati pelanggan sehingga mendapat tempahan ke Bukit Mertajam.

“Kami tidak membuat promosi secara langsung, sebaliknya lebih kepada mulut ke mulut apabila mereka yang pernah merasai cucur udang ini menghebahk­an kepada rakan sehingga menjadi bualan ramai,”katanya.

Nur Ayu berkata, dia berhasrat melebarkan perniagaan dan ingin membuka cawangan di Pulau Pinang.

„ Kerangupan kuih dan kuah kacang resipi ibu jadi bualan

hingga ke Pulau Pinang

 ??  ?? NUR Aida (kanan) bersama Nur Ayu menunjukka­n cucur udang yang dijual mereka.
NUR Aida (kanan) bersama Nur Ayu menunjukka­n cucur udang yang dijual mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia