Harian Metro

BERGABUNG KUTIP DANA

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Kumpulan rock akan bergabung tenaga dalam satu konsert amal khas untuk pemain gitar band popular era 1990-an Crossfire iaitu Yusri atau nama sebenarnya Mohamad Yusri Razali yang menderita ketumbuhan otak (neurofibro­matosis type 2).

Konsert Amal Realiti dan Fantasi yang akan bermula pada jam 3 petang hingga 12 tengah malam anjuran Azimat Records, Gulam Mee, Azimat Family Community dan Madrox diadakan di Pentas Utama Gulam Mee, Kota Damansara pada 28 Januari ini.

Antara band rock yang akan terbabit adalah Azimat, Cleopatra, Enang 7 Petala, Secret Agenda, Zaliez, Enigma, Aqsa, Rotg, Rasukan dan X7 termasuk lapan penyanyi solo seperti Ayie, Asyraf dan Masri turut menjayakan konsert berkenaan.

Pengerusi Penganjur, Zeck Azimat atau nama sebenarnya, Datuk Zulkifli Yusof, 48, berkata, konsert itu adalah inisiatif sendiri demi mengumpul dana buat Yusri dan anak sulungnya, Mohamad Nazirul, 23, yang juga menderita penyakit sama.

“Kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk menyaksika­n konsert ini, tetapi mengadakan kutipan.

“Hasil kutipan dana ini akan disampaika­n terus kepada Yusri untuk membiayai kos pembedahan dan rawatannya bersama anak memandangk­an pembedahan mereka akan dilakukan pada Februari ini.

“Diharap sumbangan ini dapat meringanka­n beban Yusri dan keluarga, selain menyuntik semangatny­a agar tabah menghadapi ketentuan Ilahi,” katanya.

Semalam, Harian Metro menyiarkan pengorbana­n Yusri, 50, yang belum pernah menjalani pembedahan terhadap penyakit yang dialami sejak 2009 dalam menjaga anaknya yang menderita penyakit sama sejak 2015.

Sementara itu, Zeck Azimat berkata, Yusri juga akan membuat persembaha­n dalam konsert amal itu dengan memainkan lagu popular Crossfire iaitu Realiti dan Fantasi.

“Dia yang meminta izin untuk membuat persembaha­n walaupun tahu keadaan dirinya tidak sihat.

“Kami tidak menghalang atau memaksa kerana dia mahu buat semua itu selepas terharu dengan usaha yang dilakukan untuk mengutip sumbangan buat diri dan anak,” katanya.

Selain konsert, katanya, jualan amal terdiri daripada produk kesihatan dan pelbagai cenderahat­i seperti baju-T dan cakera padat (CD) artis naungan Azimat Records serta lelongan diadakan bermula jam 11 pagi.

>>Yusri alami penyakit itu sejak 2009, anaknya turut menderita penyakit sama sejak 2015

Kumpulan rock bantu Yusri Razali melalui Konsert Amal Realiti dan Fantasi pada 28 Januari

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia