Harian Metro

Masuk nombor PIN mulai 1 Julai

-

Kuala Lumpur: Pemegang kad debit tanpa sentuhan perlu memasukkan nombor pengenalan peribadi 6 angka (PIN) untuk urus niaga melebihi RM250 mulai 1 Julai, 2017, kata CIMB Bank.

Dalam satu kenyataan semalam, CIMB berkata pada masa ini, setiap transaksi tanpa sentuhan terhad kepada RM250 dan tandatanga­n atau PIN diperlukan untuk transaksi melebihi jumlah itu.

“Juga ada kawalan mengelak penipuan dalam sistem kami, yang akan mengesan dan menangani transaksi yang tidak dibenarkan berdasarka­n logik tertentu yang ditetapkan oleh bank,” katanya.

CIMB Bank berkata demikian sebagai respons kepada laporan media sosial bahawa data dalam kad tanpa sentuhan boleh ‘dicuri’.

Bank itu berkata setiap transaksi tanpa sentuhan mengandung­i kod unik yang bertukar bagi setiap pembelian dan hanya boleh digunakan sekali sahaja dan hanya boleh dijana oleh cip dalam kad tanpa sentuhan yang asal.

“Ini menghalang kad palsu daripada dikeluarka­n dan digunakan hasil daripada pintasan butiran keselamata­n kad,” katanya.

CIMB berkata setiap transaksi hanya boleh dibuat apabila kad debit tanpa sentuhan diimbas dalam jarak 4cm atau diletakkan pada pembaca kad tanpa sentuhan.

Menurut CIMB, terminal tanpa sentuhan hanya boleh memproses satu transaksi pada sesuatu masa dan pedagang juga mesti terlebih dahulu memasukkan jumlah transaksi untuk diluluskan oleh pemegang kad.

“Oleh itu, pelanggan hanya akan dibilkan sekali bagi transaksi itu,” katanya dan menolak kemungkina­n berlaku 2 pembayaran apabila kad itu diimbas 2 kali pada pembaca kad.

Bagi mereka yang mempunyai 2 kad tanpa sentuhan dalam dompet, dan dompet itu diimbas pada pembaca tanpa sentuhan, CIMB berkata, tiada urus niaga akan berjaya apabila pembaca kad mengesan lebih daripada satu kad.

“Anda perlu melakukan transaksi sekali lagi dengan kad yang berkaitan,” katanya. -BERNAMA

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 17 Januari lalu.
LAPORAN Harian Metro 17 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia