Harian Metro

Tekad pamer khidmat terbaik

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

Minat mendalam terhadap tugas penguat kuasa mendorong penerima Penuntut Keseluruha­n Terbaik Latihan Kursus Asas dan Pegawai Penguat Kuasa Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) Mohamad Amin Jamal, 24, menyertai agensi itu.

Anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah, itu sebelum ini pernah bekerja di sebuah universiti swasta sebagai kaunselor akademik, namun mengambil keputusan berhenti kerja berikutan minat bertugas dalam bidang beruniform.

“Walaupun kita sedia maklum bidang penguat kuasa ini berdepan dengan risikio namun saya tidak gentar.

“Saya percaya dengan latihan ala ketenteraa­n selain aktiviti selaman ia menjadikan kami lebih bersedia untuk bertugas nanti,” kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Mohamad Amin ditemui pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan di Kem

Bumi Jati di sini semalam.

Majlis itu disempurna­kan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Seramai, 41 anggota penguat kuasa berjaya menamatkan kursus insentif selama dua bulan di situ.

Sementara itu, Penuntut Akademik Terbaik, Muhammad Fitri Abdul Hamid, 27, berkata, dengan penganuger­ahan itu dia akan memberikan perkhidmat­an terbaik dalam SPAD.

Kisah suka duka mantan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang juga bekas Pengerusi Media Prima Berhad Tan Sri Johan Jaaffar selama 50 tahun dalam dunia seni tanah air dibukukan dalam autobiogra­fi khas, Jejak Seni Johan Jaaffar.

Naskhah karya Johan sendiri itu merakamkan kisah pembabitan beliau dalam bidang seni khususnya sebagai aktivis.

Buku berkenaan turut memaparkan pengalaman pahit manis tokoh wartawan veteran yang juga figura korporat terkenal itu daripada bermula sebagai penarik tirai bangsawan hingga menjadi pengerusi syarikat media terbesar negara.

Jejak Seni Johan Jaaffar dilancarka­n secara rasmi di DBP, semalam oleh Penasihat Sosiobuday­a Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Johan berkata, beliau sewaktu zaman kanak-kanak sudah didedahkan dengan dunia persembaha­n bangsawan lantaran kumpulan opera terkenal ketika itu, Bintang Timur Opera membuat pertunjuka­n di kampungnya di Sungai Balang Besar, Muar, Johor.

“Minat terhadap bidang seni semakin bercambah apabila menginjak dewasa ketika menuntut di Universiti Malaya, saya aktif dalam banyak pementasan teater bersama Kumpulan Anak Alam dan didedahkan dengan banyak naskhah terkenal daripada Sasterawan Negara.

“Ia tidak berlegar di pentas bangsawan saja, minat itu berterusan ke pentas sandiwara, teater moden, persembaha­n jalanan hingga ke dunia lakonan tanah air,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran buku berkenaan.

Sementara itu, Rais dalam ucapan perasmiann­ya berkata, setiap anak Melayu perlu membangkit­kan kembali keagungan budaya tradisi masyarakat termasuk impak bangsawan.

“Tidak ramai yang mengangkat budaya lama masyarakat Melayu pada zaman sekarang dan buku tulisan Johan ini mengingatk­an kita kembali siapa kita sebenarnya.

“Golongan

Sasterawan Negara juga perlu memainkan peranan dalam membantu membawa pembaharua­n untuk kepentinga­n bersama.

“Selain itu, DBP juga boleh jalinkan kerjasama dengan Indonesia untuk sama-sama meningkatk­an bidang bahasa dan budaya di rantau ini,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar, mantan Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, mantan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Andika Ujang dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Buku setebal 343 halaman itu mempunyai 76 bab dan diterbitka­n oleh DBP dengan kerjasama Balang Rimbun Sdn Bhd.

Ia boleh didapati dalam dua bentuk iaitu versi kulit lembut yang berharga RM45 manakala versi kulit keras boleh dimiliki pada harga RM55.

„ Johan Jaaffar lancar autobiogra­fi pengalaman

sepanjang 50 tahun dalam dunia seni

 ??  ?? SYED Hamid (tiga dari kanan) bersama pelatih SPAD tamat kursus.
SYED Hamid (tiga dari kanan) bersama pelatih SPAD tamat kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia