Harian Metro

TELITI PENYATA PEMBIAYAAN

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@ mediaprima.com.my

Mungkin sudah menjadi kebiasaan kepada anda selepas permohonan pembiayaan perumahan diluluskan bank atau institusi kewangan, penyata tahunan pembayaran yang diterima setiap hujung tahun hanya dilihat sepintas lalu, malah lebih teruk jika ia langsung tidak dipedulika­n.

Selain itu, ramai juga antara peminjam yang sebenarnya tidak peka dengan prestasi kadar faedah pembiayaan perumahan mereka yang sentiasa berubah bergantung kepada keadaan ekonomi semasa khususnya bagi segmen pembiayaan konvension­al.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MRP Advisory Services Sdn Bhd, Franciss Chin berkata, hakikatnya orang ramai yang mempunyai pembiayaan perumahan sebenarnya boleh memendekka­n tempoh pembiayaan mereka jika mengetahui cara dan kaedahnya.

Malah, menurutnya, jumlah pembayaran faedah juga boleh dijimatkan sehingga 80 peratus secara berperingk­at jika bijak mengenal pasti prestasi kadar faedah yang dikenakan oleh bank atau institusi kewangan yang memberikan pembiayaan.

Beliau berkata, hal itu kerana kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) yang dikenakan bank atau institusi kewangan yang memberikan pembiayaan perumahan itu tertakluk kepada prestasi kadar dasar semalaman (OPR) ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Biasanya orang ramai tidak mengambil tahu mengenai kadar bayaran yang dikenakan dari segi faedah kerana apabila prestasi BR dan BLR diturunkan, mereka masih membayar komitmen yang sama.

“Perkara itu sebenarnya menjadikan bayaran bulanan kita kepada bank atau institusi kewangan menjadi lebih dan sebagai pengguna, kita boleh menyusun semula lebihan bayaran itu untuk tempoh pembiayaan yang lebih pendek,” katanya.

Chin berkata, syarikatny­a yang berpengala­man sebagai perunding turut mempunyai sistem perkompute­ran yang dapat membuat pengiraan pembiayaan secara keseluruha­n termasuk mengasingk­an keuntungan bank, faedah yang dibayar setiap bulan serta lebihan bayaran oleh peminjam.

Antara dokumen diperlukan untuk membuat pemeriksaa­n pembiayaan itu, orang ramai hanya perlu menyediaka­n dokumen surat tawaran daripada bank atau institusi kewangan, perjanjian pinjaman serta penyata pinjaman perumahan terkini.

Menurutnya, sebagai contoh perbanding­an, pinjaman asal dibuat sebelum pengurusan penguranga­n faedah gadai janji (MRP) berjumlah RM150,000 dengan tempoh 30 tahun atau bersamaan jumlah bayaran keseluruha­n RM360,000.

Namun, katanya, selepas MRP, tempoh pembiayaan dapat dikurangka­n kepada hanya 20 tahun dan jumlah pembayaran juga dapat dikurangka­n kepada RM284,000.

Beliau berkata, dalam perkiraan itu, peminjam boleh menjimatka­n wang sehingga RM76,000 dan ia memberi manfaat yang besar sama ada boleh dilaburkan dalam unit pelaburan lain atau

„ Ramai tidak peka prestasi kadar faedah pinjaman perumahan mereka yang sentiasa berubah

membuat bayaran deposit untuk kediaman baru.

“Dalam hal ini, orang ramai perlu peka dengan komitmen pembayaran mereka setiap bulan. Sekiranya mempunyai keraguan, mereka boleh merujuk kepada perunding seperti kami untuk menguruska­n atau memberi nasihat untuk membantu memendekka­n tempoh pembiayaan.

“Selain itu, bank atau institusi kewangan turut mendapat faedah kerana dengan bayaran yang lebih cepat daripada orang ramai, mereka boleh membuat pusingan modal dengan lebih pantas untuk ditawarkan kepada pelanggan lain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia