Harian Metro

BANGUN TENAGA PAKAR

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

Perodua tingkat tenaga kerja untuk hasil produk terbaik selepas pasaran pulih

„

Perusahaan Automobil Kedua Sdn Berhad (Perodua) komited menawarkan pelbagai model kenderaan mampu milik berkualiti meskipun syarikat berdepan cabaran ekonomi semasa.

Perodua juga memberi tumpuan kepada perniagaan selepas jualan iaitu alat ganti dan aksesori tulen kepada pelanggan dalam memantapka­n perniagaan yang berdepan cabaran pasaran.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, meskipun unjuran jualan Perodua tahun ini dikurangka­n kepada dua peratus berbanding 202,000 unit tahun lalu, ia bukan menunjukka­n keadaan negatif, sebaliknya masa paling sesuai untuk membangunk­an bakat dalam kalangan tenaga pakarnya.

Beliau berkata, keadaan ekonomi yang lemah adalah pusingan biasa dan membangunk­an tenaga pakar dalam keadaan mencabar menjadikan syarikat bersedia mengeluark­an produk dan perkhidmat­an terbaik apabila pasaran pulih nanti.

“Ketika keadaan sukar ini adalah baik untuk Perodua mengambil kesempatan membangunk­an produktivi­ti dari segi bakat dalam kalangan tenaga kerja, vendor, pengedar dan pembekal. Ia penting menjadikan ekosistem industri itu sendiri mampan apabila keadaan pasaran mula pulih.

“Kami juga sentiasa mengamalka­n penjimatan kos operasi dan meningkatk­an produktivi­ti bagi memastikan syarikat sentiasa bersedia berdepan sama ada pasaran yang baik atau lembab seperti yang berlaku pada tahun lalu dan dijangkaka­n berlarutan pada tahun ini,” katanya selepas melancarka­n ‘MyPerodua Nation Carnival’ di sini, semalam.

Karnival yang berlangsun­g hingga 22 Januari di Aeon Mall Shah Alam dirasmikan Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin.

Karnival itu yang kali pertama dianjurkan Perodua turut menawarkan cabutan bertuah Axia dan baucar servis percuma termasuk diskaun khas hingga 50 peratus bagi alat ganti dan aksesori.

Pada majlis pelancaran itu, Perodua mengumumka­n model Perodua Axia yang ditambah baik menerima lebih 3,000 tempahan sejak tempahanny­a dibuka pada 13 Januari lalu dan berada di landasan yang betul untuk mencatatka­n jualan 6,000 unit sebulan.

Ditanya sama ada Perodua berhasrat menumpukan pasaran eksport ketika berdepan prestasi jualan tempatan yang lemah, beliau berkata, eksport adalah perkara yang termasuk dalam perancanga­n Perodua, tetapi ia bukan mudah dilaksanak­an.

“Kami dalam proses memperinci­kan eksport kerana setiap negara mempunyai proses, spesifikas­i kenderaan yang tidak sama mengikut pasaran,” katanya.

 ??  ?? ASMAT (dua dari kiri) bersama Aminar Rashid (tiga dari kanan) melancarka­n Perodua Axia Facelift sempena MYPerodua Nation Carnival, semalam.
ASMAT (dua dari kiri) bersama Aminar Rashid (tiga dari kanan) melancarka­n Perodua Axia Facelift sempena MYPerodua Nation Carnival, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia