Harian Metro

LABUR RM100J

- Norazimah Narudin am@hmetro.com.my

„ The Store naik taraf 10 cawangan pasar raya

Kumpulan The Store (The Store) memperuntu­kkan

RM100 juta bagi menambah baik dan menaik taraf 10 cawangan pasar raya milik syarikat itu di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun bagi memberi lebih keselesaan kepada pelanggan untuk membeli-belah.

Pengurus Besar Kanan Operasi Kumpulan The Store, Winky Pek berkata, pembaharua­n atau imej baru itu dibuat atas dasar mengikuti perkembang­an trend pasar raya yang ada selain memenuhi permintaan pelanggan.

“Dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini, kami merancang untuk memperbaha­rui 10 cawangan pasar raya yang ada selepas melihat trend pasar raya terkini yang semakin maju, jadi kita tidak mahu ketinggala­n dalam memenuhi keinginan dan keselesaan pelanggan.

“The Store tidak boleh kekal dengan konsep lama, jadi kami harus mencari pembaharua­n supaya lebih ramai pelanggan datang. Setakat ini, kita sudah menaik taraf dua cawangan termasuk di sini, dan The Store Taman Tunku Aminah, Skudai,” katanya.

Beliau ditemui selepas pelancaran wajah baru The Store di Blok H, Plaza Sentosa, Jalan Sutera Taman Sentosa, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Kumpulan The Store, Charlie Tan dan Pengurus Besar Kumpulan The Store, Lim Kok Soon.

Pek berkata, selepas melakukan pembaharua­n, ternyata usaha itu tidak sia-sia apabila dapat menyaksika­n peningkata­n pengunjung The Store sebanyak 40 peratus. “Selain melakukan pembaharua­n, kita juga membuka tiga lagi cawangan bahru dengan lokasi yang ditetapkan di Jerantut, Pahang, Kuala Terengganu, Terengganu dan Jitra, Kedah dengan peruntukan modal sebanyak RM40 juta,” katanya.

Menurutnya, ketika ini, 75 cawangan pasar raya The Store di seluruh negara dengan pemegang kad keahlian orang.

The Store cawangan kedua yang tampil dengan imej baru itu merangkumi empat tingkat dengan keluasan 71,000 kaki persegi yang menyediaka­n ruangan terbaru iaitu untuk produk jualan barangan segar makanan dan minuman.

Pengubahsu­aian yang dilakukan termasuk kemudahan pasar raya, susunan bahagian produk lebih teratur, ruangan tempat beli-belah lebih luas serta reka bentuk lebih moden bagi membolehka­n pelanggan membeli-belah dengan selesa.

Sempena pembukaan berwajah baru itu, The Store menawarkan pelbagai promosi hebat termasuk 70 peratus potongan harga bagi pakaian, kosmetik, minyak wangi, beg tangan dan produk terpilih lain.

seramai

350,000 Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) menjangkak­an sekurang-kurangnya 30 koperasi akan menjalanka­n operasi kedai harga patut pada tahun ini dengan tumpuan di kawasan luar bandar.

Pengerusi Eksekutifn­ya, Datuk Dr Noor Zari Hamat berkata, kedai yang akan menawarkan produk seperti pasar raya besar itu diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelanggan mendapatka­n barangan harian pada harga berpatutan.

“Jika di bandar besar, pasar raya besar menawarkan pelbagai produk pengguna pada harga rendah tetapi ia tidak berlaku di kawasan luar bandar di mana pasar raya kecil atau kedai runcit tidak mampu memberikan harga lebih rendah.

“Ini kerana kebanyakan peniaga terpaksa menanggung kos logistik daripada pemborong yang akhirnya menjadikan harga produk sedikit tinggi,” katanya selepas pelancaran Program Pemerkasaa­n Sektor Pemboronga­n dan Peruncitan Koperasi di sini, semalam.

Majlis pelancaran itu disempurna­kan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

 ??  ?? PEK (dua dari kiri) menunjukka­n imej baru pasar raya Market Place di The Store Plaza Sentosa, Johor Bahru.
PEK (dua dari kiri) menunjukka­n imej baru pasar raya Market Place di The Store Plaza Sentosa, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia