Harian Metro

MESEJ DARI FILIPINA

„ Aktivis lancar tunjuk perasaan menjelang majlis angkat sumpah presiden baru AS

- AFP

Beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di depan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini semalam bagi mengecam Presiden Donald Trump menjelang upacara mengangkat sumpah pemimpin baru itu.

Sambil melaungkan slogan ‘buang Trump’, penunjuk perasaan dari kumpulan berhaluan kiri itu turut melahirkan kebimbanga­n terhadap ancaman Trump kepada jutaan rakyat Filipina yang menetap di AS.

“Ia sangat membimbang­kan apabila seorang yang dituduh pencabul, bersikap perkauman dan yang bencikan pendatang kini menjadi presiden negara kapitalis terkuat di dunia.

“Keperitan wanita selama berdekad bagi memperjuan­gkan hak mereka kini terancam dengan kedudukan Trump,” kata setiausaha agung kumpulan wanita Gabriela, Joms Salvador.

Seramai 300 penunjuk perasaan berhimpun di depan kedutaan berkenaan sambil membawa sepanduk dengan mesej mengecam Trump.

Kumpulan penunjuk perasaan juga secara simbolik membuang gambar pemimpin itu ke dalam tong sampah.

“Kami sangat bimbang dengan nasib pekerja Filipina di AS yang kini berdepan dengan sentimen perkauman yang semakin meningkat.

“Sebahagian pekerja Filipina di AS kini bimbang dengan keselamata­n dan pekerjaan mereka di sana,” tambahnya.

Trump membuat kejutan apabila menewaskan calon presiden dari parti Demokrat, Hillary Clinton dalam pilihan raya presiden yang penuh kontrovers­i tahun lalu.

Ahli perniagaan itu berikrar untuk mengusir jutaan pendatang haram yang bekerja di negara itu.

Trump secara rasmi menjadi presiden AS selepas dia mengangkat sumpah sebagai pemimpin baru negara itu dalam satu majlis di Washington pada malam tadi.

 ??  ?? BEBERAPA aktivis membuang gambar Trump ke dalam tong sampah ketika tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Manila, semalam. - AP
BEBERAPA aktivis membuang gambar Trump ke dalam tong sampah ketika tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Manila, semalam. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia