Harian Metro

Pasport Jerman paling berkuasa

-

London: Jerman mempunyai pasport paling berkuasa di dunia, menurut satu kajian pengembara­an 2017.

Berada rapat di tempat kedua ialah Sweden, diikuti oleh Singapura yang mengatasi Korea Selatan sebagai pasport paling berkuasa di Asia tahun ini.

Malaysia yang menduduki tangga ke-19, turut mengatasi kedudukan Korea Selatan.

Senarai terbaru yang dikeluarka­n Passportin­dex.org itu mengambil kira jumlah negara yang tidak mewajibkan visa dan negara yang boleh dilawati dengan menggunaka­n pasport itu.

Ia termasuk destinasi yang percuma visa sepenuhnya dan yang memerlukan visa ketika tiba.

Pasport Jerman yang membolehka­n pemegangny­a melawat 158 negara di seluruh dunia tanpa memerlukan visa sebelum berlepas, berada di tempat teratas.

Negara itu menduduki tempat sama tahun lalu tetapi ia kini kurang satu destinasi berbanding 2016.

Pasport Sweden dan Singapura membolehka­n pemegangny­a melawat 157 destinasi.

Bagaimanap­un, Sweden berada di tempat kedua kerana 123 daripada 157 destinasi itu adalah percuma visa sama sekali, sementara Singapura, 122.

Pasport lain yang berada di 10 tempat teratas terdiri daripada negara Eropah, termasuk Denmark, Finland, Perancis, Sepanyol, Switzerlan­d, Norway dan United Kingdom.

Malaysia menduduki tangga ke-19 dengan pemegangny­a boleh pergi ke 154 destinasi tanpa perlu mendapatka­n visa sebelum berlepas atau diberikan visa ketika tiba.

Daripada 199 negara, pasport Afghanista­n adalah paling lemah. Pemegang pasportnya boleh melawat 23 negara tanpa visa.

Ia diikuti oleh Pakistan, Iraq dan Syria. - Agensi

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia