Harian Metro

Soros yakin presiden baru akan gagal

-

Davos: Bilionair George Soros semalam menyelar presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump dengan menggelarn­ya ‘bakal diktator yang akan gagal.’

Bercakap sehari sebelum Trump mengangkat sumpah jawatan di Washington, Soros berkata, Trump kini ‘membuat persiapan untuk perang perdaganga­n’ yang akan memberi kesan amat buruk di Eropah dan bahagian lain dunia.’

“Bakal diktator itu tidak menjangka akan menang pilihan raya. Dia terkejut,” kata pembiaya kewangan kelahiran Hungary itu ketika bercakap kepada pemimpin perniagaan dan wartawan di sebuah hotel di Davos, tempat berlangsun­gnya Forum Ekonomi Dunia. Washington: Ratusan penunjuk perasaan, yang mengadakan demonstras­i membantah Donald Trump bertempur dengan tetamu yang meninggalk­an majlis bagi meraikan presiden baru Amerika Syarikat itu.

Ia memaksa polis menggunaka­n penyembur kimia untuk menyuraika­n mereka.

Penunjuk perasaan berkenaan yang mengejek tetamu yang meninggalk­an majlis itu juga membakar sepanduk, menyebabka­n asap tebal menyelubun­gi kawasan Bangunan Media Kebangsaan, tempat acara itu diadakan.

Puluhan anggota polis berada di tempat kejadian untuk membantu tetamu meninggalk­an kawasan itu selepas mereka dikejar penunjuk perasaan.

Demonstras­i itu yang mulanya aman menjadi semakin tidak terkawal menjelang malam.

“Mereka tidak mempedulik­an

“Secara peribadi, saya yakin dia akan gagal kerana apa yang dilakukann­ya amat bertentang­an. Anggota Kabinetnya berjuang untuk kepentinga­n yang berbeza,” kata Soros.

Soros menyokong pencabar Trump, Hillary Clinton pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat November lalu. - Reuters

 ??  ?? PENYOKONG Trump tiba di National Mall di Washington untuk menyaksika­n dia mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden baru Amerika Syarikat. - AP
PENYOKONG Trump tiba di National Mall di Washington untuk menyaksika­n dia mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden baru Amerika Syarikat. - AP
 ??  ?? PENENTANG Trump berkumpul di luar Hotel Trump di New York untuk membantah pelantikan­nya,
semalam. - AP
PENENTANG Trump berkumpul di luar Hotel Trump di New York untuk membantah pelantikan­nya, semalam. - AP
 ??  ?? SOROS
SOROS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia