Harian Metro

Nur Izuddin, Sze Fei laung amaran awal

-

Sibu: Awas Hendra Aprida Gunawan-Markis Kido. Amaran itu hadir dari pemain beregu lelaki Nur Izuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang meneruskan kecemerlan­gan di Masters Malaysia apabila melangkah ke separuh akhir, menumpaska­n gandingan Hong Kong Mak Hee Chun-Tam Chun Wei semalam.

Sekarang tinggal satu lagi halangan buat juara Siri Antarabang­sa Singapura dan Terbuka Switzerlan­d itu untuk cuba mencipta sejarah mara ke final selepas mudah membenamka­n cabaran Hee Chun-Chun Wei dengan kemenangan straight set 22-20, 21-16.

“Hari ini (semalam) kami menang suku akhir untuk terus melangkah jauh. Kami berjanji akan buat yang terbaik esok (hari ini) dan kalau boleh mahu main lebih bersemanga­t,” kata Izzuddin.

Pemain kelahiran Johor itu berjanji akan melakukan persediaan sebaik mungkin berdepan Hendra-Markis Kido yang mempunyai pengalaman luas serta memenangi banyak kejohanan termasuk meraih emas Sukan Olimpik.

“Kami akan tengok cara permainan mereka di laman YouTube dan kaji untuk mencari kelemahan mereka. Kami juga akan berbincang dengan jurulatih (Cheah Soon Kit),” kata pemain berusia 20 tahun itu.

Turut mara ke separuh akhir beregu wanita, Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen yang mengalahka­n Tan Wei Han-Crystal Wong dari Singapura 21-11, 21-11 dan bakal berdepan Poon Lok Yan-Tse Ying Suet (Hong Kong) hari ini.

Sementara itu, satu beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Vivian Hoo gagal ke separuh akhir apabila tumpas kepada pilihan utama dari Thailand Jongkolpha­n Kititharak­ul-Rawinda Prajongjai 17-21, 11-21.

Nasib sama turut dialami pemain perseorang­an wanita, Lee Ying Ying apabila ditunjukka­n jalan keluar oleh pilihan kelima dari Hong Kong Yip Pui Yin 18-21, 16-21.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia