Harian Metro

SPURS MAHU BENAM CITY

- AFP

Menjelang pertemuan menentang Manchester City awal pagi esok, pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino mahu semua anak buahnya membuktika­n bahawa mereka layak bergelar antara pencabar utama Liga Perdana Inggeris.

Tottenham melonjak ke tangga kedua liga selepas membelasah West Bromwich Albion 4-0 minggu lalu dan sedang memburu catatan tujuh kemenangan berturut-turut buat kali pertama sejak 1967.

City pula tewas dengan jumlah jaringan sama di Everton, tetapi Pochettino lebih memikirkan soal merapatkan jurang perbezaan mata dengan Chelsea yang hanya akan bermain awal pagi Isnin.

“Kami perlu membuktika­n bahawa kami mampu bergelar pencabar utama Liga Perdana,” katanya kepada wartawan di pejabat Tottenham di Lilywhite House, kelmarin.

“Itulah cabaran sebenar kami. Adalah lebih penting untuk kami membuktika­n kemampuan kami untuk mencabar Chelsea dan bukannya sekadar pencabar kepada Manchester City.

“Kami perlu menunjukka­n bahawa kami mampu menangani tekanan dan cuba memenangi perlawanan untuk mencapai perkara besar. Saya rasa kami tidak perlu

„ Pochettino tuntut anak buah pamer aksi terbaik atasi Citizens

terlalu memikirkan soal perbezaan mata antara kami dengan City.

“Apa yang utama ialah persembaha­n kami - kami perlu menunjukka­n bahawa kami sudah meningkat dan kami sudah belajar daripada musim lalu.

“Perlawanan itu pasti sukar. Saya rasa apabila anda bertemu lawan seperti Manchester City, anda perlu bermain pada tahap terbaik.

“Cuba untuk mendapatka­n tiga mata, itulah cabaran kami. Tetapi adalah terlalu awal untuk bercakap soal mata. Banyak perkara besar menanti kami.”

City yang dibimbing Guardiola, tewas 0-2 di White Hart Lane, Oktober lalu dan sejak itu, mereka tidak lagi berupaya mempamerka­n aksi seperti yang biasa dilakukan.

Kekalahan 0-4 di tangan Everton minggu lalu adalah kekecewaan paling besar yang dialami Guardiola dan ia mengakibat­kan City ketinggala­n 10 mata di belakang Chelsea.

Guardiola sendiri mengaku cabaran mereka musim ini sudah boleh dianggap tamat manakala pertahanan Bacary Sagna pula dikenakan denda kerana mempersoal­kan keputusan pengadil ketika pasukannya menang 2-1 ke atas Burnley, baru-baru ini.

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Spurs meraikan kemenangan ke atas West Brom.
PEMAIN Spurs meraikan kemenangan ke atas West Brom.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia