Harian Metro

DALAM TAK SEDAR MINAT BERKAYUH

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Daripada suka-suka, membawa ke jatuh cinta! Mungkin itu ungkapan paling tepat untuk menggambar­kan bagaimana pelumba GP2 negara Muhammad Nabil Jan Al Jeffri berjinak-jinak meminati aktiviti berbasikal sehingga menjadikan sebagai rutin kehidupann­ya seharian.

Bagi pelumba negara berusia 23 tahun itu, pada awal pembabitan­nya, dia tidak terlalu ‘tergila-gila’ mengeluark­an wang dari poket sendiri untuk membeli basikal yang mempunyai kualiti lebih baik.

“Saya mula mengenali aktiviti berbasikal ini sekitar 2008. Ketika itu, tujuan utama saya beli basikal jenis MTB (basikal bukit) adalah untuk suka-suka.

“Basikal pertama yang saya beli harganya hanya RM1,500. Bagi mereka yang meminati sukan berbasikal, sudah pasti tahu basikal dengan harga seperti itu tidak begitu baik.

“Tapi, saya tak kisah. Saya gunakan basikal sama sehingga tahun lalu.

“Bila ada duit sedikit, saya mula beli basikal yang harganya sekitar RM10,000 yang jelas berbeza berbanding basikal pertama saya.

“Sekarang saya mempunyai dua basikal MTB serta satu basikal lebuh raya untuk kegunaan jarak jauh,” katanya. Jelas Nabil yang sedang memburu impian untuk beraksi di Formula Satu (F1), antara basikal MTB serta basikal biasa, dia lebih menggemari aktiviti berbasikal MTB.

“Sebabnya ia lebih mencabar. Lagipun ada trek untuk MTB berhampira­n rumah saya.

“Jadi, setiap kali ada kelapangan, saya akan lakukan aktiviti itu. Biasanya

„ Nabil gemar aktiviti berbasikal selepas

suka-suka beli sebuah basikal MTB

dalam tempoh seminggu antara tiga hingga empat kali juga saya lakukan aktiviti basikal MTB.

“Setiap sesi biasanya ambil tiga jam dan sepanjang tempoh itu saya dapat hilangkan segala tekanan.

“Untuk basikal biasa pula, kebiasaann­ya saya hanya akan lakukan pada hujung minggu.

“Dapat kayuh sejauh 90 hingga 100km pun sudah OK,” katanya.

Jelas Nabil, apabila terbabit dengan perlumbaan di luar negara, dia akan membawa bersama basikalnya itu.

“Selain suka-suka, aktiviti berbasikal juga antara cara untuk mengekalka­n tahap kecergasan,” katanya yang turut bermain go-kart pada masa lapang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia