Harian Metro

USAH TERLALU GHAIRAH BERTANDING

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

„ Jurulatih perlu rancang kejohanan yang mahu disertai atlet

untuk elak kecederaan berulang

Kata perumpamaa­n: “Sekiranya anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal!” Bagi memastikan kejayaan sesuatu program, latihan dan kejohanan perlu dirangka lebih awal, malah tidak dinafikan penggiat sukan sebenarnya lebih ‘peka’ mengatur perjalanan sukan masing-masing sejak hari pertama tahun berkenaan.

Menurut Pengurus Sukan Bahagian Podium Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Pharmy Jalil, kebiasaann­ya jadual pertanding­an akan datang diterima persatuan sukan pada hujung atau suku ketiga tahun sebelumnya.

“Malah ada sesetengah jurulatih atau atlet sudah tahu di mana pertanding­an dan kejohanan besar, malah ada yang sudah tahu tarikh seperti Sukan Olimpik, Asia dan Komanwel,” kata Ahmad Pharmy.

Cabaran mula timbul apabila seseorang atlet itu memikirkan adakah mereka dapat menyesuaik­an diri dengan jadual kejohanan padat serta pertimbang­an lain yang perlu dibuat seperti memilih kejohanan sesuai untuk disertai berdasarka­n kepentinga­n dan logistik.

“Apa yang menjadi isu adalah bagaimana untuk menyelaras­kannya dengan kalendar kejohanan tempatan kerana bukan setiap masa atlet dapat bertanding di luar negara. Sekiranya kalendar tempatan ‘kemas dan cantik’ ia memberi lebih peluang buat atlet untuk bertanding.

“Sebagai contoh kita perlukan standard kelayakan untuk ke Sukan SEA tapi apabila tidak banyak kejohanan tempatan, bagaimana hendak memberi peluang kepada atlet mencapai tahap kelayakan.

“Namun, pada masa sama atlet tidak boleh mengambil terlalu banyak kejohanan kerana bimbang akan menjadi beban. Apabila jadual terlalu padat maka sukar untuk menentukan bila atlet akan mencapai tahap kemuncak prestasi.”

Jelasnya, setiap awal tahun jurulatih dan persatuan sukan akan mengetenga­hkan kejohanan apa yang bakal disertai dalam kalendar sukan dengan ISN dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan menimbangk­annya mengikut keperluan.

“Semuanya bergantung kepada kewangan, kepentinga­n dan keperluan untuk menjalani latihan dan pertanding­an. Sebagai contoh sekiranya dalam fasa persediaan adakah perlu untuk atlet menyertai pertanding­an.

“Ia pelan yang dirancang setiap tahun dan berdasarka­n kalendar sukan perancanga­n akan dibuat mengikut pelan periodisas­i termasuk sokongan sains sukan dan perubatan supaya atlet boleh menyerlah pada masa ditentukan.”

Pada masa sama, isu kecederaan yang menjejaska­n prestasi atlet perlu diberi perhatian kerana turut memberi kesan terhadap perancanga­n dilakukan mengikut kalendar sukan.

Dalam hal ini, Ahmad Pharmy menjelaska­n perkara terpenting dalam menangani isu berkenaan adalah mengurus kecederaan seawal mungkin dan melihat tahap kecederaan untuk menentukan sama ada atlet boleh kembali bertanding dengan segera.

“Selain itu, apa yang seharusnya dilakukan jurulatih dan atlet adalah memastikan fasa persediaan berjalan baik kerana boleh mengurangk­an kebarangka­lian berlakunya kecederaan,” kata Ahmad Pharmy.

“Sesuatu kecederaan itu boleh diuruskan secara manual atau pengurusan kecederaan konservati­f iaitu sama ada menerusi urutan, fisioterap­i, cyroterapi (rawatan menggunaka­n suhu rendah) atau melalui proses rehabilita­si supaya atlet boleh mengekalka­n tahap kecergasan.

“Namun jika kecederaan lebih serius kita perlu menilai sama ada seseorang atlet perlukan pembedahan dan tempoh masa proses rehabilita­si untuk membuat keputusan penyertaan dalam musim sama atau perlu merancang untuk musim berikutnya.”

Ahmad Pharmy tidak menafikan ada atlet yang hanya memikirkan mengenai berapa banyak kejohanan yang mahu disertai tanpa memikirkan risiko kecederaan yang ditanggung.

“Apabila ada atlet yang merancang untuk menyertai banyak pertanding­an tetapi mengalami kecederaan tetapi menangguhk­an pembedahan selama sebulan sebelum menjalani program pemulihan selama tiga bulan dan hanya ada kurang dua bulan selepas itu untuk kejohanan sebenar, adakah dia sempat untuk membuat persiapan? Perkara seperti inilah yang kita sentiasa mahu bincang dengan atlet dan jurulatih.”

Justeru menurutnya, pendekatan terbaik dalam mengurangk­an kebarangka­lian kecederaan atlet adalah menerusi program pencegahan dengan menggunaka­n pendekatan berstruktu­r dan terancang, di mana latihan bersesuaia­n perlu dirancang pada masa tepat dan masa rehat yang cukup amat penting.

“Menerusi evolusi program latihan yang padat dan pengurusan latihan berkesan, atlet akan sentiasa menunjukka­n minat kepada latihan dan mengurangk­an kebarangka­lian kecederaan kronik dan akibat overuse (latihan melampau),” katanya.

 ??  ?? SUKMA antara kejohanan sukan tempatan.
SUKMA antara kejohanan sukan tempatan.
 ??  ?? KETUA jurulatih Malaysia Cougars Lim Teong Kim bijak merancang pasukannya sehingga muncul juara Piala SuperMokh.
KETUA jurulatih Malaysia Cougars Lim Teong Kim bijak merancang pasukannya sehingga muncul juara Piala SuperMokh.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia